Catatan 16-18 Ramadhan 1428H

Aku menyimpan satu e-mel daripada salah seorang rakan seperjuangan, berkenaan pendapat beliau. Something good to ponder about, but it is very hard to be implemented here in Taiwan (tak ramai peniaga beragama Islam di sini...)

Kaedah Membeli Belah Bagi Orang Islam

ALlah berjanji kepada orang-orang Islam:

[105] Dan sungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kami tulis dalam) Loh mahfuz, bahwasanya bumi ini dipusakai hamba-hamba- Ku yang saleh. (Al Anbiyaa 21:105)

Jadi' bagaimana kita hendak mewarisi bumi ini kalau kita terus membeli di kedai bukan Islam dan tidak membeli di kedai Islam?

Sebagai panduan membeli belah bagi orang-orang Islam, kita perlu ikut fiqh awaliyat ini:

1. Bila memilih di antara kedai Islam dan bukan Islam, pilih kedai Islam, terutamanya dalam bulan puasa dan Hari Raya. Ini ialah kerana kita mesti mengamal petunjuk Allah:

"[10] Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara ...." (AlHujurat : 10)

Apa makna persaudaraan ini kalau kita rela melihat kedai Islam mati? Hidup-bangunnya sebuah kedai bergantung kepada pembeli. Ada pembeli hidup kedai, tiada pembeli, kedai tutup.

Berniaga adalah fardhu kifayah. Bila orang Islam membuka kedai secukupnya untuk keperluan orang-orang Islam, maka gugurlah dosa keatas semua orang Islam di kawasan itu. Bila kedai itu tutup kerana tidak ada pembeli, maka semua orang Islam menanggung dosa.

2. Bila memilih di antara dua kedai kepunyaan orang Islam, pilih yang terbaik dari segi pengurusannya, pakaian pekerjanya, layanan kepada pelanggan dll. Ini bertujuan mewujud persaingan ke arah kebaikan di antara kedai-kedai kepunyaan orang Islam.

3. Bila TERPAKSA memilih di antara kedai bukan Islam, pilih yang kurang memberi kerugian atau ancaman kepada Islam:

i. Tiada patung di kedai

ii. pekerja tidak mendedah aurat

iii. tiada penipuan harga, dacing, menjual barang-barang campuran baik dan buruk (misal: beras grade A di campur dengan garade B tetapidijual sebagai grade A)

iv. tiada menjual barang-barang tiruan yang dijual dengan harga untukbarang-barang asli dll.

v. kedai/syarikat yang tidak menderma kepada kebajikan orang Islam.

Sebagai satu sistem hidup yang lengkap lagi sempurna, Islam sudah ada petunjuk-petunjuk dalam semua bidang kehidupan. Allah sudah beri dua pilihan. Kalau kita pilih yang betul, terselamat kita dunia dan akhirat tetapi bila tersalah pilih, parah akibatnya:

[123] Allah berfirman: "Turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama,sebagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka jika datang kepadamu petunjuk daripada-Ku, lalu barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.

[124] Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya padahari kiamat dalam keadaan buta".( Surah Taaha: 123-124)

Satu panduan umum dalam menjalankan tujuan kejadian kita, iaitu sebagai khalifah Allah untuk mengurus hidup kita supaya selamat dan bahagia dunia akhirat ialah:

Dalam setiap tindakan kita, sebelum bertindak tanya soalan ini pada diri:
"Bila Allah soal di akhirat nanti ( sesungguhnya semua tindakan kita,walau sebesar atom pun, akan disoal), bolehkah aku jawap dengan sempurna?"

Kalau boleh, teruskan tindakan itu. Kalau tidak, jangan, kerana kita akan dihumban ke dalam neraka di mana makanannya ialah buah zakum yang berduri dan melekat di dalam halkum, dan minuman ialah tembaga yang menggelegak yang menghancurkan usus-usus kita dan kita akan minumnya seperti unta yang dahaga untuk melepaskan zakum yang terlekat itu.

Selamat berpuasa. maaf zahir batin.

SUMBER: h_husin47@yahoo.com

Comments