Catatan 15 Ramadhan 1428H

------------------------------------------------------------------
AL-FATIHAH
untuk Allahyarhamah Che Kamariah Binti Abd Malik
yang kembali ke Rahmatullah pada 14 Ramadhan 1428H
bersamaan 26 September 2007M, di Kota Bharu, Kelantan.


TAKZIAH
kepada En Roslan B Zakaria, Nurul Izza Bt Roslan
dan Nurul Amalina Bt Roslan di atas pemergian isteri/ibu
mereka yang tercinta untuk mengadap Ilahi...
-------------------------------------------------------------------

Ramadhan sudah melewati separuh perjalanannya. Kadang-kadang dirasakan masa berlalu begitu pantas, namun kadang-kadang, ia dirasakan begitu lambat berlalu. Biasalah... ia mengikut situasi dan senario semasa.

Cabaran utama pada pertengahan dan pengakhiran fasa Ramadhan ini adalah "istiqamah" (consistensy) dalam melakukan amal ibadah. Insya-Allah, ibadah puasa tidak lagi menjadi masalah kerana kita telah biasa melakukannya seharian (menjadi rutin), malah sahur pun mungkin tak akan tertinggal (kecuali lambat tidur, atau terlalu letih), akan tetapi pada pandangan aku, istiqamah dalam, ibadah lain seperti solat tarawih & witir, sembahyang malam, bersedekah, bertadarus, dan lain-lain ibadah khusus yang nampak tidak susah untuk dilaksanakan, cuma payah untuk dilaksanakan secara konsisten, ataupun semakin meningkat.

Sebagai contoh, lihat sahajalah ibadah solat tarawih & witir di masjid/madrasah/surau di tempat anda. Kalau pada minggu pertama, saf memang penuh sehingga melimpah ke beranda atau luar masjid tersebut. Minggu kedua masih agak penuh. Akan tetapi, mulai minggu ketiga, saf penuh sudah tinggal kira-kira 50-60%, dan senario ini bertambah parah pada 10 malam terakhir atau minggu terakhir Ramadhan (hanya ada beberapa hari nak raya), di mana pengamatan aku dulu, hanya 20-30% saf yang penuh.

Kenapa terjadi sedemikian? Aku pun tak mampu nak menjawabnya. Aku sendiri pun kerapkali tidak istiqamah dalam ibadah. It happened to everyone, including me.

Justeru, renung-renungkanlah... (termasuk kepada diri sendiri...)

SUMBER MAKLUMAT RAMADHAN:
http://ramadan.bharian.com.my/Misc/RamadanAlMubarak/Puasa

Comments