Alhamdulillah, selamat sudah pelancaran Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Northern Corridor Economic Region - NCER) pada 30 dan 31 Julai 2007 oleh YAB Perdana Menteri secara menyeluruh di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak Utara. Aku melihat inisiatif ini begitu strategik untuk melonjakkan ekonomi dan sosio ekonomi empat negeri di Utara Semenanjung Malaysia, dengan fokus diberikan kepada sektor yang berpotensi dan telah menjadi "core competencies" negeri-negeri tersebut. Umpamanya, Kedah sebagai jelapang padi diberi penekakan kepada sektor pertanian. Manakala Pulau Pinang sebagai negeri perindustrian diberi penekanan kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan. Perak Utara pula diberi penekanan dalam sektor pendidikan. Akhir sekali, Perlis sebagai negeri di Utara semenanjung diberi penekanan dalam sokongan kepada pertanian dan perkhidmatan. Aku berharap agar pelan pembangunan ini berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil yang memberi manfaat kepada semua pihak. Walaupun aku sudah tidak lagi bertugas di Wilayah Utara ini, namun aku akan terus memantau perkembangannya di masa akan datang.
Comments