Grooming to be a TC (Part 3)

Hari ini, empat lagi TC yang "otai" yang perlu aku uruskan dan layan... hehehehe...

Melayan TC "otai" tidak sama dengan TC yang lebih muda atau seangkatan dengan aku. Mereka ini lebih berpengalaman, berpengetahuan dan masak dengan asam garam, kerenah dan remeh temeh menguruskan pelbagai perkara.

Apa yang aku buat: "Layannnn" aje kerenah mereka. Nak makan nasi kandar, aku bawa ke tempat terbaik. Nak makan durian, aku bawa mereka makan di gerai (on the spot). Nak beli asam dan jeruk, aku bawa ke kedai yang popular. Alhamdulillah mereka begitu gembira walaupun hanya sehari di Penang. Aku tumpang gembira dan gelak aje, mcm budak-budak.

Susah juga berinteraksi dengan TC "otai" ni. Mereka ada gaya dan "expectation" tersendiri. Nak buat lawak pun kena lawak orang tua, kalau lawak gila-gila mereka tak ketawa. Last-last aku yang diketawakan oleh mereka. Dan kita kena gelak apabila mereka buat lawak. Walaupun lawak orang tua (adult jokes)... etc....

Adakah aku juga akan menjadi begitu bila jadi otai TC nanti? Hehehehehe....

Comments