Semalam, YAB Timbalan Perdana Menteri telah memberikan amaran kepada penulis blog (bloggers) bahawa Kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan "undang-undang" (disebut sebagai "undeng-undeng" - memetik dialog Ahmad Nisfu dalam filem Madu 3) sedia ada, sekiranya mereka menulis perkara/artikel yang menggangu gugat keharmonian antara masyarakat berbilang kaum serta merosakkan keamanan di negara Malaysia ini.
Pengendali dan wartawan laman web tidak akan terlepas daripada undang-undang (disebut "undeng-undeng") walaupun mereka bersembunyi di dalam identiti orang lain dan tidak dikenali di alam maya. Kebebasan menulis tidak boleh disalahgunakan atau dibuat secara sewenang-wenangnya mengikut turutan hawa nafsu, perasaan amarah dan rasa prejudis, begitulah antara maksud ucapan TPM.
Aku sebagai salah seorang daripada ribuan "bloggers" di alam siber ini merasa tempias amaran daripada pucuk pimpinan negara ini. Walaupun aku bukanlah menulis perkara yang berunsurkan politik (insya-Allah... aku merasakan amaran ini lebih kepada mereka yang terlibat di arena politik), namun jika dilihat daripada persepsi positif, ia merupakan satu teguran yang membina dan sihat, bagi mengingatkan diri kita bahawa di alam siber juga ada had dan batasan untuk menulis / menukilkan perasaan yang terbuku hati. Bukan boleh hentam keromo atau melepaskan segalanya bagai memuntahkan makanan yang tidak diterima oleh perut.
Bagi aku, walau di mana sahaja kita berkarya, sama ada di tinta mahupun di papan kekunci (keyboard) di alam maya, mesti ada had dan batasnya. Jika apa yang kita tuliskan itu menjadi tatapan umum, adalah menjadi tanggungjawab setiap penulis untuk memastikan kesahihan fakta, ketepatan maklumat dan laras bahasa yang digunakan itu tidak menyentuh sensitiviti umum mahupun mana-mana pihak. Kalau mengutuk diri sendiri, OK le kot... hehehehe...
Dunia kita ini penuh dengan "undeng-undeng"... Kalau tak ikut "undeng-undeng", boleh kena hukum...
-------------------------------------------------
24 Julai, 2007 22:42 PM
Pengendali, Wartawan Laman Web Tidak Terlepas Dari Undang-Undang
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengingatkan pengendali dan wartawan laman web bahawa mereka tidak akan terlepas dari undang-undang negara sekiranya mengganggu gugat dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata mereka mesti bertanggungjawab sepenuhnya kepada laman web mereka dan tidak menganggap sikap toleran kerajaan sebagai lesen untuk menyiarkan apa saja atas nama kebebasan bersuara tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat.
"Atas nama kebebasan, laman-laman web ini membenarkan fitnah, pembohongan, maki hamun, penggunaan kata-kata kesat, keji dan bersifat perkauman disiarkan. Kebebasan menulis dan memberi pandangan ada hadnya sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang negara."
"Ini satu perkembangan tidak sihat. Walaupun kerajaan begitu toleran kepada pendirian anti-kerajaan dan kritikan yang dibuat di dalam laman web kita amat bimbang kepada kenyataan menghina agama dan berbau perkauman yang boleh menimbulkan keresahan masyarakat."
"Kerajaan bertanggungjawab atas kesejahteraan masyarakat dan kita tidak akan membiarkan mana-mana pihak mengganggu gugat perpaduan negara ini dan menimbulkan keresahan dalam masyarakat," katanya berucap pada Malam Hadiah Kewartawanan Malaysia 2007 anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini.
Beliau berkata pengendali laman web mesti menunjukkan sikap yang penuh tanggungjawab, berhati-hati dan teliti kerana sebagai penulis mereka seharusnya menghargai hasrat rakyat Malaysia untuk membina sebuah negara yang aman dan stabil.
Katanya, sikap tidak bertanggungjawab itu bercanggah dengan profesionalisme tinggi pengamal media serta melanggar etika kewartawanan, yang mengajar supaya melaporkan yang benar, bersikap objektif, saksama dan memperolehi maklumat dari sumber-sumber rasmi dan sahih.
Najib berkata kerajaan bimbang perkembangan dalam media alternatif ini kerana ada antara mereka yang menguruskan ruangan berdasarkan pandangan dan kecenderungan peribadi tanpa mengambil kira sensitiviti kaum dan agama negara.
"Wartawan mestilah mendapat fakta mereka dengan betul, laporan dalam konteks yang betul dan tepat. Sebarang laporan dan visual atau gambar pula hendaklah menggambarkan apa yang sebenarnya berlaku," katanya.
Najib berkata ini berikutan teknologi komunikasi yang mengubah secara mendadak maklumat berbentuk berita dan rencana disebarkan tidak lagi perlu bergantung kepada media elektronik dan cetak sebagai pembekal tunggal maklumat dalam era globalisasi.
Bagaimanapun di sebalik perubahan-perubahan itu, wartawan kekal sebagai tenaga yang menukar maklumat menjadi laporan berita dan rencana lantaran penekanan melatih dalam jangka pendek dan berterusan kepada mereka secara bersungguh diperlukan supaya profesionalisme mereka kekal di tahap yang tinggi.
Wartawan juga perlu faham isu-isu tertentu yang menjadi asas kenegaraan terutama yang sensitif dan mereka yang lupa sejarah akan sesat jalan dan sukar mencari jalan ke hadapan bagi menemui pembangunan dan kemakmuran lebih besar.
"Wartawan Malaysia, baik yang mewakili arus perdana mahupun organisasi media baru hendaklah menjadikan sejarah sebagai `guiding principle' menghasilkan pelbagai genre laporan iaitu berita, rencana, komentar, wawancara dan sebagainya," katanya.
Katanya, perbalahan isu dalam perbezaan agama, budaya dan adat ke media tidak membawa kepada penyelesaian malah boleh membawa kepada perpecahan dan persengketaan jika tidak ditangani dengan sikap penuh tanggungjawab.
Sebagai rakan kongsi media boleh membuat teguran dan mengkritik namun seharusnya bersifat membina, objektif, adil dan berasaskan fakta tepat supaya membantu kerajaan mengatasi kelemahan dan kepincangan sedia ada, memperbaiki sistem yang tidak berkesan dan meningkatkan akauntabiliti serta memperkemas pentadbiran.
-- BERNAMA

Comments