Persoalan di atas nampak begitu sensitif untuk dilontarkan, tetapi itulah yang tercetus di benakku apabila melihat sikap dan keperibadian sesetengah wargakota bandaraya Kuala Lumpur (KL) yang memandu di jalan raya. Menyedihkan. Menakutkan.
Walaupun aku berpeluang memandu di KL semasa hujung minggu, tetapi ada kalanya aku memandu semasa hari biasa, semasa waktu puncak, waktu malam dan sebagainya. Merentas pelbagai ceruk tempat, kampung, jalan pintas, jalan belum siap, jalan besar, jalan baru, flyover, terowong, pusat bandar, suburb, etc etc...
Aku bukan nak mencanang pada semua bahawa aku ni "expert" jalan raya di KL, tetapi aku gembira meraih pengalaman memandu ke merata-rata tempat, bertemu pelbagai jenis manusia. Dan pernah kemalangan teruk sekali (masuk bawah lori balak), manakala bergesel, langgar belakang tu merupakan resam di KL. Kalau kita tak "cium" orang, orang akan "cium" kita... hehehehehe....
Apa yang aku nak catatkan di sini adalah, sikap dan keperibadian wargakota ketika memandu di jalan raya. Mereka seakan "dirasuk" tatkala memegang stereng kereta masing. Memandu ikut perasan, ikut nafsu. Hanya mementingkan diri sendiri. Bila dekat simpang, bukan nak ikut lampu isyarat, tetapi meneruskan perjalanan sekiranya kereta lain tidak meneruskan, bukan menunggu giliran!
Bukan nak menyatakan bahawa aku ni seorang pemandu yang baik, malah aku pun mengalami "trauma" yang sama. Malah, adakalanya aku pun menjadi "agresif" dalam pemanduan, terutama memandu di kota. Jika memandu jarak jauh, aku seperti pemandu bas ekspres yang memandu dgn pantas, tetapi selamat.
Pada pendapat aku, memandu di jalan raya di Malaysia, adalah seperti turun ke medan perang. Penuh cabaran, risiko, dan boleh membawa maut jika tidak pandai menjaga diri. Malah, untuk "survive" di medan perang memerlukan "survival" skills. Kemahiran hidup untuk memastikan kelangsungan hidup agar tidak terkorban. Jadi kadang-kadang kita terpaksa "menyusahkan" orang lain, "berebut", "being selfish", "being rude", dan melakukan apa sahaja asalkan kita selamat. Namun tidaklah sampai membunuh orang lain atau menyebabkan orang lain terkorban. Namun itu hakikat yang terjadi di jalanan kita sekarang ini. Kemalangan maut terjadi kerana kesilapan orang lain. 11 terbunuh di Hutan Kampung, Kedah kerana dilanggar oleh sebuah lori. Ini satu contoh yang jelas.
BERSAMBUNG...

Comments
Biasalah tu... rasanya bukan di KL bahkan org Malaysia secara amnya. Bila di belakang stereng kereta.. hmmm, lain jadinya..