Aku terfikir tentang perkara ini, menjelang sambutan Hari Bapa pada hari ini, 17 Jun 2007.
Persoalan yang tercetus di benakku adalah, bagaimana untuk menjadi seorang bapa yang baik? Apakah model yang sesuai untuk diikuti?
Ada orang berpendapat, menjadi bapa perlu bersikap garang dan tegas kepada anak-anak. Perlu mengawal sepenuhnya kegiatan dan tingkah laku anak-anak.
Ada pula yang mengatakan, seorang bapa perlu bersikap lemah lembut, penuh toleransi dan menganggap anak-anak sebagai kawan, bukan lawan.
Aku bersetuju dengan kedua-dua pandangan itu. Pada pendapat aku pula, tiada model yang khusus/spesifik yang boleh digunapakai dalam mendidik anak-anak, tambahan lagi dengan pelbagai cabaran yang dihadapi dalam dunia masakini.
Ada beberapa input dan panduan yang telah aku catat dan sematkan di dalam blog-blog aku terdahulu, tentang bagaimana mendidik anak. Bagaimana untuk membangun serta menggilap potensi mereka sebagai generasi muda yang bakal mewarisi negara di masa hadapan.
Sehari bersama anak sulungku di sekolahnya beberapa hari lepas telah banyak mengajar aku tentang bagaimana menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab. Memahami kehendak dan keperluannya sebagai seorang kanak-kanak, melihatnya bermain dan berinteraksi dengan rakan sekelasnya, meneliti keputusan peperiksaannya yang cemerlang, menjadikan aku insaf dan termenung seketika. Terlalu banyak tugas dan tanggungjawab yang dipikul di bahuku.
Apa yang penting, aku perlu menjadi seorang bapa yang efektif dan menjalankan seluruh tanggungjawab yang diamanahkan kepadaku. Tambahan lagi aku akan memikul tugas baru di luar negara yang penuh dengan cabaran tersendiri!
Selamat Hari Bapa!

Comments