Apabila menghirup secawan teh untuk minum petang, terlintas di fikiranku tentang konsep "anjakan paradigma" (paradigm shift) dalam melangkah ke hadapan.
Anjakan paradigma adalah penting dalam menyiapkan diri menjadi seorang pegawai yang lebih bertanggungjawab, berdedikasi, berdisiplin, berdikari, berpengetahuan luas dan berpandangan ke hadapan.
Ini merupakan karekter peribadi yang harus aku pertingkat dan mantapkan, sejajar dengan tugas dan tanggungjawab yang bakal dipikul di luar negara nanti.
Selain daripada itu, aku perlu proaktif, meningkatkan komunikasi dan pelaporan maklumat secara berkala ke ibu pejabat, menguruskan operasi dan sumber manusia di pejabat luar negara, serta merancang program yang akan kulakukan pada tahun hadapan 2008 dan seterusnya, sejajar dengan perancangan keseluruhan organisasi aku.
Walaupun pastinya aku akan sibuk dengan tugas dan tanggungjawab yang dipikul, namun aku tidak boleh melupakan tugas dan tanggungjawab aku kepada keluarga, sosial/masyarakat dan juga yang paling penting, tanggungjawab aku kepada Tuhan yang Esa. Walau di mana bumi dipijak, di situ langit juga perlu ku junjung. Aku juga perlu menyusun strategi, memandang ke hadapan dan merancang apa yang patut untuk masa depanku. Walaupun dunia semakin singkat usianya, selagi kita masih bernyawa, usaha harus dilakukan seolah-olah kita akan hidup selamanya. Manakala perancangan dan usaha juga perlu dilakukan agar kita bersedia untuk akhirat nanti.
Yakin boleh!

Comments