SEMASA - Mendidik anak-anak

Isu ini tercetus apabila heboh satu "Malaya" dengan kes kehilangan "Yin", seorang kanak-kanak hiperaktif di Sogo, Kuala Lumpur sewaktu ibu bapa mereka sedang membeli belah. Setelah 2 minggu kehilangan Yin, beliau telah selamat dikembalikan oleh sepasang suami isteri warga Myanmar yang telah menjumpai dan memelihara Yin sepanjang dua minggu tersebut.

Di dalam "discussion group" Sahabat Interaktif Malaysia (SIM), isu ini hangat diperdebatkan. Aku tak suka mencari kesalahan dan meletakkannya di bahu sesiapa, cuma apa yang penting pengajaran atau hikmah di sebalik kejadian yang berlaku, serta panduan menangani permasalahan sebegini sekiranya terjadi lagi di masa hadapan. Satu e-mel daripada Yusof Razin di bawah telah mencetuskan dimensi baru dalam perdebatan kes ini...

p.s. Frasa "favourite" kali ini - Apa Kes?

--------------------------------------------------
From: yusof razin razinyusof@yahoo. com
To: SahabatInteraktif@ yahoogroups. com
Sent: Wednesday, April 18, 2007 7:12:05 AM
Subject: BINCANG : Mendidik anak-anak

Salam....

Pokok Balak yang besar tu asalnya dari sebiji benih yang kecil..begitu juga masaalah besar yang berlaku.

Setiap benda ader puncanya...kita kena pergi kepada punca sebenarnya..

Punca sebenar dalam kes ini emak bapak Yin sibuk berbelanja sehingga lupa diri...eh tak!
Punca sebenarnya Yin lari sehingga kejalan raya dan di cekup dik Myamar...eh tak!
Punca sebenarnya Yin ni - Yin tak dengar kata...eh tak!
Punca sebenarnya Yin tak di ajar dengar kata....

Dari kecik Yin di manjakan...biarkanl ah dia kecik lagi ..
Mak bapak dia pun biarkan Yin nak buat aper dia suka..sebab Nenek Yin kata tak per kecik lagi..
Tunggu masuk darjah satu barulah belajar...sekarang main lah ...belikan barang mainan..introduce dengan mainan - jangan seksa jiwa budak budak dengan ilmu, dengan membaca - nanti lah jah satu...
Ajar dia cakap pelat .. layan dia macam budak budak bercakap macam budak ...nyeh nyeh nyeh...pelat
Mak ayah datuk nenek moyang moyet turutkan segala kemahuannya. .

Salah Yin ker....tak .....Salah orang tua tua bingai....kolot jumud dungu biul...salah turun temurun bermula dari orang tua yang pernah di jajah British, hidup di bawah pengaruh British..bermula dari situ!

Kita sepatutnya:

1. Ajar anak percaya kekuasaan Allah
2. Ajar anak kita memahami agama Islam dan cerita nabi nabi mereka
3. Ajar anak berdikari
4. Ajar anak faham arahan - listening
5. Ajar anak Menilai buruk dan baik
6. Ajar anak mengira dan membaca seawal awalnya 2 - 3 tahun atau lebih awal dari itu
7. Ajar anak bersikap matang - bukan nyeh nyeh pelat...ajar cakap betul
8. Ajar disiplin
9. Ajar anak curiga(suspicious) akan orang yang tak di kenali
10. Ajar anak hormat orang tua dan hirachy - akak abang emak bapak atuk nenek
11. Ajar anak sabar
12. Ajar anak patuh pada ibu bapa dan guru yang mengajar mereka ilmu yang baik.
13. Ajar anak suka buku benci mainan
14. Ajar anak tentang seks - bukan lucahan

dan BUKAN!

1. Ajar anak meminta (subsidi!) mengambil hak orang (merampas!)
2. Ajar anak dapat apa yang dimahukan - (delay sedikit apa yang di minta)
3. Ajar anak buat sesuka hati dia
4. Ajar anak barang mainan - pistol pedang patung
6. Ajar anak bercerita buruk orang (gossiping)
7. Ajar anak makan gula gula atau junk food
8. Ajar anak terlalu taboo.

Dari segi pemakanan beri mereka zat yang sesuai untuk pertumbuhan

1. Minyak ikan
2. Susu tepung atau segar
3. Abatus sauda
4. Buah buahan
5. Jangan beri kepala ikan
6. Jauhkan makanan yang di cemari semut

...mungkin banyak lagi..pikirlah sendiri untuk kebaikan anak anda...

Tapi kesimpulannya AJAR ANAK ANDA MATANG - dan ROTAN adalah guru yang paling ideal dari dulu kini dan selamanya..

“Spare the cane, spoilt the child”

pikir pikirkanlah untuk generation yang akan datang .. supaya melayu GEMILANG dan TERBILANG ..jangan jadi Melayu yang nak di halau dari meniaga di KLCC...kerana kita tiada suara lagi .. identiti ugama kita di perlekehkan oleh orang asing ...kerana jati diri kita orang melayu Islam sudah mula pudar dan kita baik sangat pada anjing tersepit dan monyet di hutan ... Melayu di kepuk mati kelaparan...

Wallahualam bi shawab,

Wassalam

Comments