Salam Dari Doha - Bhg 1




Alhamdulillah. Aku telah selamat tiba di Doha, ibu negara Qatar. First impression - negara ini merupakan sebuah negara yang pesat membangun, sebuah negara Islam yang bercirikan maju dan progresif. Namun demikian, ketibaan aku di Doha disambut dengan ribut pasir (sand storm) yang melanda negara ini, dan menjadikan Doha kelam seperti terkena jerebu. Debu beterbangan, pasir halus melatari jalan, bangunan, kenderaan seakan suasana di dalam tempat yang berhabuk dan pernafasan yang tersekt. Tekak pun kering dan batuk sedikit. Namun aku berharap agar kesihatan aku sentiasa dalam keadaan terbaik agar dapat bertugas dengan cemerlang dalam masa 2 minggu berada di Doha ini.
Banyak yang aku telah pelajari dalam masa tak sampai dua hari di sini. Berinteraksi dengan pegawai di Kedutaan Malaysia yang cukup pemurah, baik hati dan ringan tulang membantu aku dan sahabat untuk menyesuaikan diri di sini. Bantuan yang diberikan amat dihargai. Nanti aku akan rakamkan ucapan penghargaan di akhir siri Salam Dari Doha ini. Ini merupakan catatan pertama. Insya-Allah kalau ada kelapangan, aku akan mencoret lagi.
Qatar ialah sebuah negara unik dan menarik untuk dikunjungi. Cuma kalau tinggal dan bekerja di sini, mungkin akan merasa bosan sedikit kerana tidak se"happening" Malaysia. Patutlah Pak Arab kat sini berduyun2 ke Malaysia semasa cuti musim panas pada pertengahan tahun. Ada seorang "Qatarian" yang aku kenali juga banyak bercerita dan memuji keindahan dan "happening" nya Malaysia. Bangga aku rasa. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri...
NOTA: Gambar di dalam bas transit semasa di lapangan terbang antarabangsa Dubai, dalam perjalanan ke Doha, Qatar.

Comments