CORETAN - Valentine: Relevankah ia?

Hari ini, 14 Februari 2007 adalah Hari Valentine, ie hari memperingati kekasih.

Aku membaca banyak pendapat tentang patut atau tidak umat Islam dan bangsa Melayu menyambutnya. Ada yang pro, dan tidak kurang yang kontra. Ada juga yang suka berbalah sesama sendiri, iaitu memperlekeh pendapat orang lain dan menegakkan hujah/pendapat sendiri mengatakan dia sahaja yang betul. Dia sahaja yang mengikut lunas Islam atau mengikut pandangan ulamak muktabar.

Aku persetankan sahaja telatah mereka. Kita perlu melihat isu ini daripada perspektif yang lebih luas. Dimensi yang berlainan.

Hari Valentine - perayaan meraikan insan yang dikasihi. Hari di mana insan menyuburkan perasaan kasih sayang. Itu intipati pemahaman aku terhadap Hari Valentine. Persetankan sejarah yang melibatkan St Valentine, etc etc. I don't care less.

Apa yang penting, orang Barat (bukan Islam) telah mendedikasikan sehari dalam setahun untuk mereka menyuburkan kasih sayang pada insan yang mereka cintai. Mereka menghargai nilai kasih sayang dan cinta sesama insan, ke arah mengeratkan perhubungan antara manusia, suatu fitrah yang hakiki.

Kemudian, kita pandang kepada bangsa kita, umat kita. Sejauh mana kah kita menyuburkan kasih sayang sesama insan? Sesama orang yang kita cintai? Bukan sahaja kekasih hati mahupun pasangan (suami/isteri), malah anak dengan ibu bapa, sesama adik beradik, saudara mara, sahabat handai, saudara seagama, dan yang paling utama, utmost, Allah SWT? Sejauh manakah kita menyatakan dan meluahkan kasih sayang kepada semua ini? Itu sebenarnya yang harus direnung dalam Hari Memperingati kekasih ini.

Adakah kita perlu mencontohi Barat yang hanya mendedikasikan sehari dalam setahun untuk menyuburkan kasih sayang? Dan 364 hari lagi kita tiada kasih sayang?

Solat wajib umpamanya, merupakan manifestasi kasih sayang kita pada Allah SWT. Dikerjakan 5 kali sehari, setiap hari, minggu dan saban tahu, sama ada kita berupaya mahupun sakit, sama ada kita bermukim atau bermusafir. Sama ada perlu berwuduk atau bertayammum. Betapa cantiknya susunan Allah SWT kepada makhluknya. Kasih sayang yang sentiasa disuburkan dalam apa jua keadaan. Antara manusia dengan pencipta-Nya.
Antara makhluk pula, banyak cara untuk menyuburkan kasih sayang. Antara suami dan isteri lain dan ada cara yang tersendiri. Antara ayah/ibu dan anak juga ada cara/metodologi tersendiri. Antara saudara mara dan sahabat handai ada kaedah tersendiri.

Bottom line, kasih sayang mesti disuburkan setiap masa, setiap hari, tanpa gagal dan jemu.

Itulah cetusan minda aku di pagi Hari Valentine ini...

Teruskanlah berkasih sayang!!!!

Comments

'ndot said…
valentine is the best time to bikin duit!!
Shahrulmiza said…
Agree with u! Kita sebagai orang marketing kena nengok semua benda dari segi biz viability & marketability...