CETUSAN: Idealistik VS Realistik

Idea ini tercetus di benakku dalam sehari dua ini:

Idealistik VS Realistik

Mukaddimah

Dunia kita ini memang kompleks. Complicated. Manusia mendambakan sesuatu yang bersifat idealistik, sempurna (perfect). Sesuatu yang indah, menarik dan mengujakan. Sesuatu yang menggembirakan, menyeronokkan dan mempesonakan. Seperti syurga. Destinasi abadi setiap insan. Dalam Islam, syurga merupakan destinasi yang abadi di Akhirat.

Fokus

Namun, aku tidak mahu menyentuh tentang konsep "idealistik" yang "high end", dalam kata lain, konsep yang terkehadapan dan sempurna sepenuhnya (total perfection). Banyak lagi perumpamaan yang boleh disentuh. Persoalan idealistik VS realistik ini boleh dibincangkan seperti dalam kehidupan seharian, kekeluargaan, kerjaya, kemasyarakatan, etc.

Sebagai contoh untuk catatan kali ini, aku akan bercerita tentang "mencapai status keluarga bahagia".

Keluarga Bahagia

IDEALISTIK - Sebuah keluarga yang mencapai kebahagiaan sepenuhnya (total happiness), ceria sepanjang masa dari segi hubungan kekeluargaan, sempurna dari segi pembangunan kekeluargaan, terpelihara daripada sebarang anasir negatif, positif dalam hidup, sokongan penuh (full support) dalam menghadapi segala cabaran

REALISTIK - Sebuah keluarga yang mencapai kebahagiaan TETAPI tidak secara sepenuhnya (NOT total happiness), KERAPKALI ceria dari segi hubungan kekeluargaan, KURANG sempurna dari segi pembangunan kekeluargaan, ADA TERPENGARUH dengan sebarang anasir negatif, KURANG positif dalam hidup, sokongan TIDAK sepenuhnya (NOT full support) dalam menghadapi segala cabaran.

Penilaian

Aku akui bahawa tak mungkin keadaan / senario idealistik itu dapat dicapai. Dalam dunia yang serba serbi sempurna dan ideal, ini adalah hampir mustahil. Ini kerana setiap manusia tidak lepas daripada salah dan silap. Dalam dunia yang penuh pancaroba dan noda ini, bukan mudah atau hampir mustahil (highly improbable and impossibe) untuk mencapai kesempurnaan atau kebahagiaan yang mutlak.

Bukan mudah untuk mencapai sasaran sebuah keluarga yang bahagia secara total/sepenuhnya. Ini kerana masyarakat kini berada dalam suasana yang cukup "complicated", gawat dan ruwet. Dalam kata lain, ia bagaikan hidup dalam sebuah kawasan yang berlumpur. Amat susah untuk memastikan kebersihan terjaga sepanjang masa.

Untuk dibincangkan dengan lebih lanjut lagi...
- BERSAMBUNG -

Comments