Hanya tinggal seminggu lagi untuk kita meninggalkan tahun 2006. Pada pendapat aku, secara keseluruhannya tahun 2006 ini merupakan satu tahun yang penuh pahit dan manis, penuh pancaroba dan cabaran. Biasalah hidup, kalau tak "challenging" bukan satu kehidupan namanya. Namun, aku merasakan bahawa tahun 2007 akan menjadi satu tahun yang signifikan dan menjadi antara "turning point" dalam lakaran sejarah hidup aku, justeru aku perlu bersedia dari sekarang untuk menghadapinya. Aku juga perlu meneliti beberapa aspek dalam hidup aku yang perlu perbaiki dan tingkatkan agar aku dapat menghadapi tahun 2007 dengan lebih baik, tersusun dan meraih lebih banyak kejayaan.
Comments