Menerima kritikan secara terbuka dan positif...

Susahnya menerima kritikan secara positif dan terbuka. Ini merupakan hakikat yang biasa ditempuhi oleh kebanyakan orang. Aku pun hairan kenapa ia terjadi. Tak kira sama ada lelaki, mahupun perempuan.

Cakap memang senang. Menulis pun memang mudah. Lihat seperti di bawah...

"Terimalah kritikan dengan hati terbuka dan minda positif".

Ini selalu diwar-warkan oleh ramai orang, sebagai satu teknik memperbaiki diri dan meningkatkan motivasi serta kualiti diri. Aku tidak menafikan kebenaran dan betapa bagusnya kalau semua orang dapat mengaplikasikan teknik ini. Namun, dalam dunia realiti, ia tidak semudah yang dijangkakan. Walaupun semua orang mendambakan ia terjadi begitu, ia tetap sukar diterjemahkan kepada realiti.

Bukan setakat menuding jari kepada orang, empat jari lain menuding kepada diri sendiri. Bukan senang. Bukan mudah. Namun, aku percaya kepada salah satu teknik pemasaran/penjenamaan yang selalu digunakan oleh pelbagai pihak iaitu - repeating. Pengulangan. Repeat the message. War-warkan mesej berulang kali.

Jika kita ingin membudayakan sesuatu, kita sentiasa perlu mengulangi mesej yang hendak diterapkan itu berulang-ulang kali. Dalam strategi penjenamaan, sekiranya sesuatu jenama ingin dipromosikan kepada pengguna, maka teknik pengiklanan yang digunakan adalah bersifat pengulangan. Repeating the same message all over again, sampai pengguna jadi terbiasa dan akhirnya, mereka akan membeli produk yang berjenama seperti yang diiklankan.

Allah SWT juga menyuruh umatnya terus berdoa, memohon, tidak henti-henti. Bukan Allah tidak mendengar. Tetapi ini melambangkan kesungguhan hamba-Nya dalam menghantar mesej / permohonan sesuatu kepada Allah SWT.

Begitu juga menerima kritikan secara terbuka dan positif. Mesej ini perlu terus diwar-warkan. Ia juga perlu sentiasa dibudayakan. Biar ia menjadi sebati dalam darah daging kita. Pedulikan apa orang lain kata atau buat. Yang penting, kita pegang prinsip ini dan amalkan secara istiqamah.

Comments