Alhamdulillah!!! Ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah, rahmat dan keizinan-Nya jua, aku berjaya dan terus bertahan di Pulau Pinang Pulau Mutiara ini kerana menyahut panggilan tugas, tanggungjawab dan amanah untuk agama, bangsa dan negara.
Genap 2 tahun aku bertugas di sini. Alhamdulillah. Sahabat aku pernah berkata, "tak lama tu…" tapi bagi aku, lama siut!!! Aku rasa dua tahun ini macam dah empat tahun aku menetap di sini. Pengalaman yang aku raih semasa berada di sini seperti empat tahun pengalaman hidup. Aku mula-mula mendaki kedudukan aku di sini sebagai seorang ketua jabatan. Aku diberi tanggungjawab yang maha berat, menubuhkan pejabat baru di Pulau Pinang, dengan prasarana, ubahsuai pejabat, kelengkapan & peralatan, dan terus beroperasi mulai pada 1 Oktober 2004, melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan. Alhamdulillah aku berjaya menempuh cabaran itu dengan baik, dan terus bertahan sehinggalah sekarang.
Insya-Allah, tahun hadapan merupakan tahun terakhir aku di Pulau Pinang, kerana kontrak aku jelas menyatakan had bertugas aku di sini adalah 3 tahun. Namun, ia boleh diperbaharui, tertakluk kepada keputusan pihak pengurusan di ibu pejabat, Kuala Lumpur. Aku hanya berserah kepada Allah SWT dan berdoa sentiasa diberi kekuatan oleh-Nya untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab ini sebaik yang mungkin... Amin!!!!
Kembara Tarawih - Masjid Batu, Kampung Pertama, Permatang Pauh
Masjid ini boleh dikatakan masjid yang "sensasi" kerana ia merupakan "hotspot" gerakan pejuang Islam yang "ekstrim", kata pandangan sesetengah pihak tertentu. Aku tidak mahu mengulas lanjut, faham-fahamlah sendiri. Tapi bagi aku, masjid tetap masjid. Ia tetap diimarahkan sebagai rumah Allah SWT yang mulia, yang penuh pengisian dari segi ceramah, tazkirah, qiamullail dan segala macam aktiviti yang bermatlamatkan untuk mengeratkan silaturrahim antara umat Islam tanpa mengira fahaman politik. Apa yang benar, tetap benar, yang hak tetap hak dan yang batil/mungkar itu kekal batil/mungkar.
NOTA: Sekali pandang, tulisan aku ni macam dah "terpengaruh" dengan aura "perjuangan" mereka... hehehehe... Takdelah, ini sekadar "aura" yang aku rasakan... Can feel the aura...
Pertama kali aku ke sebuah masjid yang "full house" sampai terpaksa solat di tepi pagar, sepanjang tarawih lapan yang dilaksanakan di sini! Macam solat Jumaat. Sama ada jemaah muslim mahupun muslimah, tua dan muda, memenuhi segenap penjuru ruang masjid yang aku kira2 mampu memuatkan dalam 400-500 jemaah pada satu-satu masa.
Selepas solat isyak, solat tarawih didirikan. Pada mulanya aku hairan selepas 4 rakaat, (2+2), tiba-tiba solat tarawih dihentikan kerana ada tazkirah selama 45 minit. Aku tidak berganjak, saja ingin mengetahui kandungan tazkirah yang disampaikan. Aku lupa nama Ustaz (yang aku rasakan berasal dari Utara, berdasarkan loghat dia ketika menyampaikan tazkirah). Aku dapati kandungan tazkirah amat bagus, kupasan yang "short and sharp" - mengenai "Rahmat" Allah. Beliau menyentuh 4 perkara penting serta mengupas dari sudut Sirah Rasulullah, terjemahan Al Quran, dan kaitan dengan isu semasa seperti kematian Steve Irvin, murtad, perbalahan sesama umat Islam dan lain-lain lagi. Sekali sekala, beliau berjenaka dengan sinis, tetapi cukup memikat. Kerapkali diselang seli dengan ilmu sains dan teknikal, serta pengalaman beliau di luar negara yang membuatkan aku cukup "respect" belakan ilmu di dada beliau. Bukan calang2 ustaz ini... hehehehe... AKu juga belajar teknik pengucapan awam yang baik daripada Ustaz ini. Aku rasakan hampir 80% jemaah tidak tidur semasa beliau menyampaikan tazkirahnya.
Setelah habis tazkirah, baki solat tarawih dilaksanakan bersama witir 3 rakaat. Majlis berakhir jam 10.30 malam. Fuh... what an experience. I can feel the spirit, the aura, the camaraderie of the ummah... semangat perjuangan Islam... naik kejap rasa keterujaan aku... hehehehe...

Comments