Hari ini, warga India beragama Hindu akan merayakan pesta cahaya - Deepavali. Sebagai salah seorang ahli dalam masyarakat majmuk di negara Malaysia, aku dengan rendah diri dan tulus ingin mengucapkan selamat menyambut "Deepavali" kepada mereka yang menyambutnya. Walaupun Deepavali pada tahun ini sedikit tenggelam dengan kemeriahan Ramadhan dan sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang, namun aku pasti warga India sudah bersedia dan akan menyambutnya dengan meriah, mengikut budaya, kepercayaan dan tradisi masing-masing.
Satu polemik terjadi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini di mana seorang ketua jabatan di Takaful Malaysia, Mohd Fauzi Mustaffa telah menasihatkan kakitangannya agar jangan mengucapkan beberapa patah perkataan berupa "prayer wishes" kepada orang India. Aku masih tidak dapat mengesan kandungan e-mel tersebut, dan aku berhasrat untuk membacanya bagi mengetahui maksud sebenar ketua jabatan tersebut. Media prima melaporkan bahawa kenyataan beliau adalah salah, berbaur perkauman dan memesongkan persepsi kepada umat dan ajaran Islam. Dan aku rasa niat suci Fauzi telah "hilang" ditelan propaganda yang dimainkan oleh media perdana, dan menampakkan dia sebagai seekor "kambing hitam" (scapegoat).
Pada pendapat aku, jika pengucapan (greetings) itu menjurus kepada perkataan/kalimah/ayat yang melambangkan kita seakan berdoa, memuji atau menyokong ajaran Hindu, maka sewajarnya itu patut dielakkan. Cukup sekadar mengucapkan "Selamat menyambut Deepavali" (common general statement), bagi aku itu sudah memadai. Kenapa kita kononnya nak "go extra miles" dengan mengucapkan sesuatu yang berkait dengan ajaran agama orang lain? Walhal, umat Islam susah sangat nak "go extra mile" bila berkait dengan agama Islam sendiri!!!
Pedas bunyinya kenyataan aku, tetapi itulah hakikatnya yang harus kita terima dan telan. Umat Islam di Malaysia (termasuk aku juga) kini menghadapi masalah pemilihan "priorities" (keutamaan), di mana kita lebih suka mengutamakan perkara kecil lain yang tidak penting dan relevan daripada mengutamakan perkara yang lebih asas/pokok yang dituntut oleh Islam. Sebagai contoh, dalam bulan Ramadhan, ramai yang berbondong-bondong mengerjakan solat Tarawih dan pelbagai ibadah sunat di waktu malam, tetapi kadangkala terlupa atau terlepas solat wajib di siang hari kerana letih berpuasa. Astaghfirullahal'azim!! But it may happens... (ini hanya sekadar contoh).
Berbalik kepada isu "kongsi raya" ini, ia bukan fenomena baru. Dahulu, umat Islam pernah merayakan Aidilfitri dengan Tahun Baru Cina secara serentak. Aidilfitri juga pernah dirayakan bersama Krismas dalam satu minggu. Kini, Aidilfitri dirayakan bersama Deepavali hanya berselang dua hari sahaja. Justeru itu, kita sebagai umat Islam harus tahu batasan agama, adat dan budaya, seharusnya memahami mana "priorities" yang perlu diberi perhatian dan bijak menjaga hati dan perasaan kaum lain kerana kita hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa (majmuk). Keharmonian antara kaum harus dipelihara dan dijaga sepanjang masa.
Kongsi Raya Tidak Cemar Akidah Dan Agama, Kata Abdullah
PUTRAJAYA, 18 Okt (Bernama) -- Aktiviti kongsi raya yang diamalkan oleh rakyat negara ini tidak mencemar kesucian agama Islam, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.
Perdana Menteri berkata ia juga tidak ada langsung membabitkan perlanggaran akidah umat Islam.Kongsi raya atau raya bersama bukan bermakna segala adat dan aspek agama Islam dan Hindu hendak dicampuradukkan, katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya dan Deepavali kepada kakitangan Pejabat Perdana Menteri di sini.
"Ia bukan seolah-olah yang bukan Islam pergi ke masjid manakala yang beragama Islam pula pergi ke Candi (kuil)," katanya.Penganut agama Hindu akan menyambut perayaan Deepavali pada Sabtu ini manakala umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada Selasa depan.
Abdullah berkata masing-masing menjalankan apa jua tuntutan agama masing-masing.
Beliau berkata memandangkan kedua-dua perayaan itu disambut dalam tempoh yang hampir antara satu sama lain maka bersama-samalah rakyat Malaysia merayakannya.
"Dari segi hubungan sosial, ini bukan satu masalah kepada kita untuk pergi ke rumah sababat kita yang beragama Hindu yang menyambut Deepavali. Dulu (di luar kongsi raya) pun kita pergi juga, tak ada masalah, ataupun dia datang ke rumah kita sambut Aidilfitri, tak ada masalah langsung," katanya.
Ia tak ada hubung kait mencemarkan agama masing-masing, katanya sambil menjelaskan ia malah boleh mengukuhkan hubungan sosial dan perpaduan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
"Harap-harap tak ada apa-apa kekeliruan berkaitan perkara ini dengan cakap-cakap yang menimbulkan kekeliruan seolah-olah orang Islam dah langgar akidah," katanya.
Pada majlis itu, Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia Nori Abdullah menyampaikan sumbangan Aidilfitri dan Deepavali.
Abdullah dalam ucapannya berkata, beliau berhasrat untuk meneruskan acara itu yang diilhamkan oleh arwah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood bagi membantu sedikit sebanyak menceriakan sambutan perayaan oleh kakitangan Pejabat Perdana Menteri. - BERNAMA

Apa yang penting kini, Kerajaan haruslah bijak memberi penerangan yang lengkap dan memimpin rakyat bagaimana caranya untuk berkongsi raya dan pada masa yang sama, terus memelihara kesucian ajaran Islam.
----------------------------------------------------------------------------Kongsi Raya Tidak Cemar Akidah Dan Agama, Kata Abdullah

Comments