Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi umat Islam mengerjakan ibadah puasa.
Sebenarnya, kita sepatutnya akan merindui pemergian Ramadhan. Aku sebenarnya sedih dengan Ramadhan yang bakal pergi, kerana aku rasa aku masih belum mengimarahkannnya dengan pengisian terbaik, walaupun matlamat aku kali ini hanyalah "a simple and attainable Ramadhan", dan aku rasa secara kasarnya objektif ini hampir tercapai. Nanti aku akan nilaikan pada analisis pasca-Ramadhan insya-Allah pada minggu hadapan.
Kebanyakan umat Islam sudah mula merasai "mood" atau "aura" Aidilfitri yang bakal menjelang. Sedikit sebanyak kecintaan dan ingatan pada Ramadhan semakin berkurangan. Semangat mengimarahkan dan mengisi Ramadhan seperti pada awal-awal dahulu semakin lama semakin luntur. Termasuk aku yang hanya kuat semangat, tetapi jasad tidak mengizinkan.
Di akhir Ramadhan ini aku pun dihinggapi penyakit yang tidak menyelesakan tubuh badanku untuk menghadapi cabaran Ramadhan. Sakit tekak dan batuk masih tidak hilang walaupun sudah 2 kali ke klinik. Ia amat memeritkan, tambahan cuaca di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur yang masih dibayangi jerebu. Ketidakselesaan ini sedikit sebanyak mengganggu kecergasa emosi dan fizikal aku. Walaupun mungkin sesetengah orang menganggapnya sebagai alasan, tetapi ia sebenarnya bergantung pada keupayaan individu masing2.
Bersambung...

Comments