Aku rasa lebih seminggu aku tidak mencoret di sini. Bukan tiada idea, tapi mungkin masa tidak mengizinkan untuk aku mengetengahkan kupasan pemikiran di sini.
Ada seorang sahabat aku yang pernah melawat blog ini dan memberikan maklumbalas secara "verbal" (lisan) kepada ku. Pada pendapatnya, isi kandungan blog aku secara keseluruhannya baik, tetapi ada beberapa bahagian (section) yang dirasakan kurang sesuai didedahkan atau dengan kata lain, sesetengah pendapat itu tampak sedikit sensitif dan mungkin mengubah/mempengaruhi persepsi pembaca terhadap aku di alam realiti.
Aku mengambil masa seminggu berehat ini dengan merenung dan muhasabah kembali diri aku. Aku cuba meneliti tulisan-tulisan aku terdahulu. Bagi aku, semuanya OK. Tiada apa yang nampak sensitif bagi aku. Pada pandangan aku, coretan aku adalah luahan isi hati yang tulus dan ikhlas. Setiap manusia itu ada kelebihan dan kekurangannya. Ada kekuatan dan kelemahan tersendiri. Namun, realiti tak semestinya elok untuk didedahkan, ditonjolkan.
Tak mengapa, aku mengambil pandangan itu dari sudut konstruktif. Aku berazam untuk memanfaatkan catatan blog ini dalam memperbaiki dan membina diri aku, bersempena dengan Ramadhan yang bakal menjelang hujung minggu ini. Tumpuan posting akan datang akan berkisar tentang Ramadhan (Pra-Ramadhan, Pengisian Ramadhan, dan Pasca-Ramadhan/Pra-Syawal, serta Pasca Syawal). Kandungan bukan sahaja berunsurkan dakwah dan keIslaman, malah aku akan menyentuh perlakuan, perbuatan ataupun gelagat manusia di bulan Ramadhan yang mulia ini. Apa yang penting, bukan kita semata-mata menelanjangi kelemahan sendiri, cuma kita perlu renung apa yang kita lakukan itu, bersesuaian atau tidak dengan lunas-lunas Islam, dengan tatacara dan adab susila masyarakat, dan wajarkah ia dilakukan, dipertahankan atau sepatutnya ditinggalkan? Isu ini akan dikupas dengan lebih lanjut...
Insya-Allah, segala-galanya akan bermula nanti...

Comments