Alhamdulillah, kita sudah memasuki hari kedua Ramadhan 1427H. Jika semalam, aku menyentuh tentang Sahur, kali ini aku ingin bercerita tentang berbuka. Semalam, aku berbuka di dalam kereta (on the move) bersama isteri dan anak2. Kami pergi membeli barang2 keperluan rumah di pasaraya Carrefour. Aku hanya berbuka dengan potongan buah-buahan, tiga biji karipap dan jus mangga. Karipap memang antara juadah kegemaran aku, tak kira semasa bulan Ramadhan ataupun di luar Ramadhan… hehehehe… Kalau minuman, aku suka jus buah-buahan ataupun laicikang… fuh!!! Tangkap leleh beb… bila bercakap pasal makanan/juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan dan semasa menunaikan ibadah puasa ini… hehehehe…
Semalam juga, aku sempat meneliti dan mengemaskini "Planner Ramadhan 1427H" aku… nampak gayanya jadual aku agak padat juga walaupun di bulan Ramadhan. Aku ingatkan boleh berehat sedikit dan "catching up on what I have left or forgot to do so far", tetapi, aku terpaksa juga "mencuri masa" terluang untuk melakukan kerja rumah, agenda peribadi dan juga "take a quick break" (tidur le tu… hehehehe…) Aku merasakan dalam usia yang semakin meningkat ini, aku perlu lebih sistematik dan seimbang dari segi gaya hidup. Aku tidak boleh lagi terlalu proaktif dan "go to the extreme" yang selalu aku lakukan semasa zaman 20an dahulu. "We can think young, but we can't act young". Jasad ini bukan semakin muda dan bertenaga. Malah aku juga menyedari ada beberapa bahagian di jasad ini yang perlu diberi rehat dan dipulihkan semula, sebagai contoh maidah (perut) yang penat bekerja setahun dan perlu diberi sedikit "rehat" (adjustment) melalui ibadah puasa.
Aspek pemakanan juga harus dijaga dengan baik dengan mengamalkan diet seimbang. Pada pendapat aku, bulan Ramadhan adalah waktu yang terbaik untuk mengamalkan pemakanan seimbang. Dengan waktu makan dan rehat ditetapkan oleh Allah, aku fikir Ramadhan sememangnya amat sesuai jika pengisiannya dirancang dengan sistematik dan seimbang. Atas alasan itu aku mengaplikasikan konsep "Planner" khas untuk Ramadhan kali ini, insya-Allah aktiviti Ramadhan tahun ini akan lebih tersusun kemas dan menepati konsep yang telah dipilih iaitu "a simple and attainable" Ramadhan 1427H.
Hari ini, perut aku memulas pula. Berjangkit dengan isteri tercinta kot... hehehehe... Namun begitu, aku rasa inilah masanya "maidah" aku melakukan sedikit "adjustment" kepada makanan/minuman yang aku ambil dalam bulan Ramadhan ini. Tambahan pula, semalam aku berbuka dengan makanan yang berserat seperti buah-buahan dan jus buah. Kemudian, pekena pula air asam dengan ikan goreng. Memang sedikit "upset" perut ini. Semoga ia akan berkurangan petang ini, insya-Allah.

Comments