Hari ini, aku ingin meluahkan rasa ketidakpuasan hati dan kekecewaan aku dengan prestasi yang ditunjukkan oleh pasukan Sepaktakraw Malaysia di dalam Kejohanan Dunia Kali-Ke-2 di Pulau Pinang yang baru sahaja berakhir.
Seperti yang dijangka, Thailand terus mendominasi kedua-dua acara regu dan berpasukan. Walaupun hanya menghantar pasukan pelapis yang rata-rata dibarisi oleh pemain bawah 21 tahun, mereka mempamer aksi yang memberangsangkan, keberanian bertarung dan kemahiran permainan yang tinggi. Dengan servis deras atau mengelirukan, rejaman mantap serta umpanan dan pertahanan yang kemas, kekuatan Thailand begitu seimbang secara keseluruhannya, sama ada regu pertama, kedua, ketiga mahupun pemain simpanan mereka.
Kebangkitan pasukan lain seperti Indonesia, Myanmar dan Korea begitu mengagumkan. Prestasi yang ditunjukkan oleh mereka amat cemerlang dan tidak takut bersaing dengan pasukan lebih handal seperti Thailand.
Apa jadi dengan pasukan Malaysia? Hancuss!!!!
Malaysia yang menghantar 2 pasukan (Malaysia A dan Malaysia B) terpaksa akur dengan kehebatan pasukan lawan yang mula bangkit, tatkala Sukan Asia Ke-15 di Doha, Qatar tinggal kira-kira 3 bulan lagi.
Malaysia A dibarisi oleh skuad utama (pelatih Sukan Asia), manakala Malaysia B dibarisi oleh muka-muka baru di bawah umur 21 tahun, yang aku jangkakan kebanyakan daripada mereka diambil dari Sekolah "Projek" (Sekolah Sukan) serta beberapa pemain belia negeri.
Dalam acara regu, Malaysia A diwakili oleh Sulaiman Salleh (tekong Kelantan), Mohd Azlan Mubin (killer Pulau Pinang) dan Zulhafizzazudin Roslan (feeder) serta pemain simpanan Mohd Saiful Nizam (killer Tentera) dan Kamarudin Mat Arshad (feeder). Mereka memiliki kombinasi yang baik, tetapi mempamer prestasi yang kurang konsisten. Namun begitu, mereka berjaya layak ke perlawanan akhir bertemu Thailand. Walaupun memberikan saingan sengit, kesilapan demi kesilapan menyebabkan mereka semakin goyah, dan akhirnya tunduk kepada Thailand dalam permainan "rubber".
Malaysia B pula diwakili oleh Irwan Shah Rizal (tekong), Khairudin Adenan (killer) dan Syafiq Rahman (feeder) adalah amat berbakat dan berpotensi. Namun, hanya pengalaman memisahkan mereka daripada pasukan lain dan mereka kecundang kepada "abang" (Malaysia A) di peringkat separuh akhir.
Episod acara berpasukan semakin memalitkan aib kepada luka sedia ada. Pasukan Malaysia B (pelapis) hanya mampu mencatatkan kemenangan apabila bertemu Singapura. Mereka telah diberikan "pengajaran berguna" oleh skuad Korea dan Indonesia apabila tewas dalam kedua-dua perlawanan bertemu pasukan ini.
Malaysia A (pasukan pelatih senior) pula berjaya menundukkan Jepun, memberikan saingan sengit kepada pasukan Thailand sebelum tunduk mengalah, tetapi seakan terpaku dengan kehebatan Myanmar dan tumbang di tangan pasukan ini!
Aku merasa amat kecewa dengan keputusan ini. Walaupun kalah dan menang adalah adat permainan, tetapi melihatkan corak permainan Malaysia, rata-rata pemain gagal mempamer prestasi terbaik mereka. Masalah utama yang menghantui para Malaysia adalah kegagalan beraksi dengan konsisten, kerap melakukan kesilapan, kurang bersemangat dan buntu dalam menyerang (aksi libasan) mahupun pertahanan (menangkis serangan lawan). Tekong gagal membuat servis baik dan tidak konsisten, apit gagal membaling dengan baik, killer gagal merejam dengan sempurna mahupun menampan libasan lawan, manakala feeder pula kurang daya tahan dan gagal memimpin rakan-rakan seregu (semua feeder adalah ketua regu).
Ini adalah masalah lapuk yang sering menghantui pasukan Malaysia semenjak dahulu lagi. Aku hairan kenapa masalah ini gagal diatasi, walaupun pemain silih berganti. Mereka sekadar hebat/gah di negara sendiri, tetapi gagal menyerlah di arena antarabangsa.
Aku doakan agar skuad takraw negara terus bangkit dan berjaya menggondol pingat emas di Sukan Asia ke-15 di Doha, nanti. Malaysia Boleh!!!!

Comments