Fear factor - Sakit gigi?

Hari ini, aku bercuti sakit kerana mendapat rawatan pergigian. Semalam, aku memberanikan diri ke klinik pergigian untuk mendapatkan rawatan susulan, iaitu membuat tampalan dan cabutan sebatang gigi geraham aku yang telah patah dan buruk, dan ia menyebabkan aku mengalami kesakitan yang amat sangat minggu lepas, dan terpaksa mengambil pil penahan sakit serta antibiotik bagi mengelakkan kesakitan melarat.

Aku semenjak kecil lagi mempunyai satu fobia - takut berjumpa doktor gigi. Ini disebabkan satu insiden menakutkan yang tak dapat kulupakan semasa di sekolah menengah, di mana aku mengalami trauma mendapat perkhidmatan pergigian yang amat teruk daripada seorang doktor gigi di sekolah. Seingat aku, doktor muda berbangsa Cina ini tidak mesra pelanggan, dan tidak "lemah lembut" dalam membuat rawatan. Gigi aku telah ditampal kira-kira enam batang pada satu masa, dan aku "suffer" kesakitan selepas rawatan selama dua hari tak boleh makan.

Ia mematahkan semangat dan memberikan satu mimpi ngeri pada aku, yang akhirnya menjadi fobia untuk aku menjejakkan kaki di mana-mana klinik gigi lagi!

Kali terakhir aku ke klinik gigi dan pengalaman terbaik bagi aku, adalah ketika sedang belajar di Australia. Perkhidmatan pergigian yang diberikan adalah amat profesional, peralatan yang digunakan amat canggih, suasana klinik seperti private lounge, doktor gigi yang merawatku sungguh mesra dan "friendly", serta yang paling menyeronokkan, aku menampal 8 batang lagi gigi dengan perasaan berani dan tidak takut lagi! Namun, kos dia mencecah ribuan ringgit yang harus ditanggung oleh Kerajaan... hehehehe...

Dan semalam, aku berjaya mengatasi rasa takut untuk mencabut gigi geraham besar kesayangan yang tidak dapat diselamatkan lagi. Tatkala gigi itu dicabut, perasaan panik dan gelabah aku terus hilang, dan aku amat seronok serta "enjoy" selepas itu. Alhamdulillah. Bukannya sakit pun, kerana gusiku telah diberi "anesthethics" (bius) dan aku merasa mukaku "membengkak" sebelah... hehehe...

Apa yang penting, aku berjaya mengatasi "fear factor" aku!!!! Aku boleh!!!

Comments