Kini, hanya empat pasukan (kesemuanya dari benua Eropah) bakal berentap untuk merebut dua tempat di Perlawanan Akhir, manakala yang kecundang akan berentap bagi menentukan tempat ketiga/keempat. Kedua-dua perlawanan merupakan pertembungan terhebat dan paling panas... mungkin berlarutan ke sepakan penalti lagi. Mesti tonton, walaupun kedua-duanya pukul 3 pagi... adehh....
Germany VS Italy - Germany mempunyai kelebihan daripada Italy. Namun demikian, sekiranya salah percaturan, keputusan bakal sebaliknya. Aku menyukai kedua-dua pasukan, namun hati ini memilih Germany. Germany mantap di semua posisi, manakala Italy sememangnya hebat di pertahanan dan serangan balas. Ramalan: Germany menang 2-0 atau sepakan penalti 4-2.
Portugal VS France - Portugal lebih seimbang dan mempunyai pilihan banyak, manakala France lebih berpengalaman dan mantap dari segi serangan. Aku lebih menyukai France, namun cukup menghormati kepakaran jurulatih Scolari sebagai pakar percaturan strategi terbaik. Jangkaan: France menang 2-1 atau sepakan penalti 4-3.

Comments
KECEWA!!!! Itulah reaksi emosi aku hari ini apabila mengetahui Germany kecundang di tangan Itali. Dua gol dalam masa dua minit terakhir masa tambahan memadamkan api perjuangan Germany yang tampak alpa dan terlalu yakin dapat membawa perlawanan ini ke sepakan penalti. Itali memang bijak memanfaatkan peluang yang terhidang dan mereka sekali lagi bergantung pada "lady luck" seperti senario pertemuan dengan Australia. Tak mengapa, aku harap Germany bangkit dan memenangi tempat ketiga nanti...
KELASSS GITU!!!! Cayalah sama France, terutamanya kebijaksanaan serta ketenangan Thierry Henry dan Zinedine Zidane. Memang mantap, bijak memanfaatkan peluang, mempamer ketenangan dalam tekanan serta tidak alpa dalam perjuangan. Itulah rumusan aku terhadap prestasi yang ditunjukkan oleh France. Portugal memang tidak bernasib baik seperti Germany, walau mempamer permainan baik dan mengasak hingga ke saat terakhir, namun gagal dalam penyudahan.