Kemuncak Piala Dunia 2006 sudah tiba! Empat pasukan terbaik berentap kali terakhir bagi menentukan "roll of honour" edisi final kali ini... sama-samalah kita saksikan!
Tempat Ke-3/Ke-4
GERMANY VS PORTUGAL - Kedua-dua pasukan bagai harimau terluka, memerlukan kemenangan sebagai menebus kekecewaan kecundang di separuh akhir. Kedua-dua pasukan memang tidak boleh dinafikan lagi kehebatan mereka, namun ini lah juga masanya memberikan peluang kepada barisan simpanan membuktikan sumbangan dan keupayaan mereka yang setanding dengan kesebelasan utama. Germany dan Portugal memiliki pasukan seimbang dan mantap di semua posisi. Ini menjadikan pertembungan ini memang hebat. Aku ramalkan seri 1-1 dan Germany menang penalti 4-3.
Final!!!
ITALY VS FRANCE - Satu pertembungan klasik antara dua kuasa utama bolasepak dunia! Kedua-dua pasukan telah melalui ranjau berliku dalam pusingan awal dan kedua. Namun mereka terus mempertingkatkan prestasi dan bangkit di saat memerlukan bagi membenam cabaran pasukan gergasi lain seperti Brazil dan Germany. France nampak berkelebihan, namun Italy mantap dalam semua posisi, terutamanya pertahanan. Aku ramalkan ia menjadi amat sengit, sukar diteka siapa bakal juara. Namun aku memilih France dengan kemenangan tipis 1-0.

Comments
- Satu perlawanan hebat lagi menghiburkan! Germany berjaya bangkit daripada kekecewaan separuh akhir dan mempamer prestasi membanggakan. Walaupun penyerang utama (Klose & Podolski) buntu dalam pencarian gol, namun kehadiran Schwensteiger tepat pada waktunya dengan meledakkan tiga rembatan deras, dua gagal digapai Ricardo (penjaga gawang Portugal) dan satu lagi tertampan oleh Petit (pertahanan Portugal) ke gawang sendiri. Ini berjaya memadamkan api perjuangan Portugal walaupun Ronaldo, Luis Figo, Maniche, Simao dan Nuno Gomes mencuba sehabis mungkin, namun hanya Gomes berjaya memperolehi gol saguhati ketika permainan berbaki 5 minit. Persembahan klimaks yang cukup membanggakan oleh Germany. Oliver Kahn walaupun dimamah usia dan refleks tidak sepantas dulu, masih tajam pemerhatian dan mengerah sepenuh pengalaman dalam memastikan 85 minit permainan, gawang Germany gagal dibolosi. Jika mereka mempamer permainan mantap seperti ini dalam separuh akhir, aku yakin Italy akan bungkus!!! Overall, well done to Germany!!! :-D
- Memang satu perlawanan klasik yang klise tetapi penuh drama! Itu rumusan awal aku terhadap perlawanan akhir Piala Dunia 2006 pagi tadi. Walaupun tidak se"klise" corak permainan mereka terdahulu, namun begitu resepi kedua-dua jurulatih yang dahagakan kejuaraan memang nampak menarik. Corak permainan seimbang dengan berbalas serangan dan pertahanan teguh kedua-dua pasukan. France mendahului 1-0 melalui sepakan penalti Zidane, sebelum Materrazi menanduk masuk gol penyamaan.
Drama paling menarik apabila Zidane mengakhiri kerjaya di pentas dunia dengan layangan kad merah kerana gagal menguasai emosi dengan "menanduk" dada Materrazi. Saat itu adalah bibit kejatuhan France. Dengan ketiadaan Viera dan Henry (yang dikeluarkan), France bagaikan anak ayam kehilangan ibu. Buntu dan terus lemah. Sepakan penalti juga gagal ditangani dengan baik oleh Trezeguet, manakala Itali tenang menyerap tekanan dengan "perfect score". Konklusi aku, "the best team won". Italy yang seimbang semua posisi, mempamer ketenangan, kematangan dan kebangkitan walaupun arena bolasepak tempatan mereka bergolak.
Aku akan menulis tentang pasca Piala Dunia - Lessons Learnt di masa akan datang, sebagai epilog demam Piala Dunia 2006. Insya-Allah.