Piala Dunia 2006 di Germany telah melabuhkan tirainya pada pagi Isnin, dengan Itali telah dinobatkan sebagai juara, menumpaskan Perancis 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam masa permainan penuh dan tambahan 30 minit. Aku tidak mahu lagi mengulas prestasi pasukan, bagaimana corak permainan dan insiden kontroversi yang telah berlaku. Biarlah itu semua tersimpan kemas dalam lipatan memori.
Namun, apa yang aku lebih gemar untuk coretkan adalah "Lessons Learnt" ataupun pengajaran yang diperolehi daripada acara sukan terbesar di dunia tersebut. Apakah pengajaran yang boleh aku ambil, teladani (yang baik) dan jadikan sempadan (yang tidak baik) natijah peristiwa yang merubah gaya hidup seluruh dunia dalam masa sebulan lepas...
Antara pengajaran yang boleh diambil daripada Edisi Piala Dunia 2006 ini:
1. Pasukan yang mempamer persembahan konsisten, bersemangat tinggi dan meningkat akan mencipta kejayaan.
2. Kebijaksanaan dan kekuatan kepimpinan (jurulatih) dalam mencatur strategi terbaik adalah antara faktor kejayaan kritikal (critical success factor) sesebuah pasukan mencatat kemenangan.
3. Ketahanan mental dan fizikal, serta disiplin yang tinggi merupakan pra-syarat utama bagi seseorang pemain yang hebat untuk bertarung di pentas antarabangsa.
4. Perancangan yang rapi, menyeluruh dan komprehensif adalah kunci kejayaan sesebuah acara yang hebat lagi "grandeur" seperti Piala Dunia 2006.
5. Pemain perlu bermain secara profesional, bijak dan memiliki semangat kesukanan tinggi.
6. Pasukan yang kerdil dan tidak memiliki barisan bintang mampu menyengat sekiranya memiliki semangat serta kecekalan tinggi semasa menentang pasukan gergasi.
7. Pasukan yang dilabel pilihan mempunyai tekanan lebih hebat bagi menjaga imej dan reputasi mereka agar tidak kecundang lebih awal.
8. Pemain bintang juga dihimpit tekanan hebat untuk beraksi cemerlang dalam setkap perlawanan, terutamanya mereka yang diharapkan menyinar atau mempamer aksi kelas dunia. Jangan memberi tekanan kepada diri sendiri.
9. Walau apa pun undang-undang yang ditetapkan, pemain akan tetap bermain seperti apa yang mereka biasa main dan sesetengah daripada mereka berani melanggar peraturan yang ditetapkan, semata-mata kerana tekanan untuk mencipta kejayaan.
10. Walau se"profesional" mana pemain itu, namun semangat kebangsaan (nasionalisme) perlu dipertahankan dalam bermain untuk negara masing-masing.
Keputusan Penuh Piala Dunia 2006
JUARA : Itali
NAIB JUARA : Perancis
KETIGA : Jerman
KEEMPAT : Portugal
BOLA EMAS : Zinedine Zidane (Perancis)
KASUT EMAS : Miroslav Klose (Jerman), 5 gol
FAIR PLAY : Brazil dan Sepanyol
PEMAIN MUDA TERBAIK: Lukas Podolski (Jerman)
PENJAGA GOL TERBAIK: Gianlugi Buffon (Itali)
PASUKAN PALING MENGHIBURKAN: Portugal
Fakta Menarik Piala Dunia 2006
- Jumlah penonton stadium: 3.367 juta (purata 52,609 setiap perlawanan)
- 147 gol dalam 64 perlawanan, purata 2.34 gol setiap perlawanan
- Ronaldo (Brazil) menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah piala dunia dengan 15 gol
- Jaringan terpantas: Carlos Gamarra (Paraguay), jaringan sendiri semasa bertemu England
- 4 gol jaringan sendiri.
- Serangan terbaik: Jerman
- Pertahanan terbaik; Switzerland
- Kad kuning: 305
- Kad merah: 28
- Perlawanan paling banyak kad dilayangkan: Portugal VS Belanda, 16 kad kuning, 4 kad merah
- Penjaga gol hebat: Buffon (Itali) - kebal dari jaringan padang (460 minit tanpa bolos), tewas semasa sepakan penalti dan gol sendiri sahaja; Ricardo (Portugal) selamatkan 3 penalti tendangan pasukan England; dan Lehmann (Jerman) hanya bolos 2 gol sahaja dan selamatkan 2 penalti tendangan pasukan Argentina
- Pengadil Argentina, Horacio Elizondo merupakan pengadil pertama mengadili perlawanan pertama dan perlawanan akhir di Piala Dunia 2006.

Comments