TRAGEDI 1 - Serangan di Beirut
BEIRUT: Rantau Asia Barat semakin huru-hara apabila tentera Israel mengebom Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri di Beirut, mengadakan hadangan laut ke atas Lubnan serta melancarkan serangan udara yang membunuh 52 orang awam dan mencederakan lebih 100 lagi, 12 Julai lalu.
Lubnan adalah medan konflik kedua tentera Israel, yang turut menyerang Semenanjung Gaza, kononnya untuk membebaskan seorang askarnya daripada tawanan pejuang Palestin.
Selepas melancarkan serangan terbaru di Lubnan, Israel memberi alasan, ia sebagai membalas tindakan pejuang Hizbullah membunuh lapan askar dan menawan dua lagi tentera Yahudi di sempadan, kelmarin.Malah, Israel juga meminta kerajaan Lubnan mengosongkan daerah Dahiya di selatan negara itu kerana mahu membunuh pemimpin Hizbullah, Sheikh Hassan Nasrallah.
Pengeboman Yahudi itu menyebabkan lapangan terbang di Beirut terpaksa ditutup sekurang-kurangnya 48 jam akan datang. Lebih 20 jambatan di Selatan Lubnan juga dibom tentera Israel.
Serangan udara Yahudi di sempadan Lubnan turut membunuh lebih 15 kanak-kanak.Selain itu, dua jam selepas mengebom lapangan terbang Beirut, sebuah helikopter Israel melancarkan peluru berpandu ke atas ibu pejabat stesen televisyen al-Manar milik Hizbullah di daerah Haret Hreik yang mencederakan enam orang.
Pesawat pejuang Israel kemudian membedil menara komunikasi al-Manar di selatan bandar Baalbek di timur Lubnan menyebabkan seorang maut dan empat lagi cedera, kata saksi.
Hizbullah bagaimanapun tidak berdiam diri dengan bertindak balas melancarkan 60 roket ke Nahariya dan bandar Safet di utara Israel, menyebabkan dua penduduk Yahudi maut dan 29 lagi cedera, kata anggota perubatan. Di Gaza, jet tempur Israel mengebom Kementerian Luar Palestin menyebabkan 10 kanak-kanak cedera.
Pesawat melepaskan dua bedilan peluru berpandu mensasarkan pejabat Menteri Luar, Mahmud al-Zahar.Di kalangan yang cedera ialah bayi berusia empat dan enam bulan, kata saksi dan doktor di Hospital Al-Shifa. – Agensi
FAKTA NOMBOR
Serangan bom Israel
15 - Kanak-kanak antara terbunuh
100 - Cedera
20 - Jambatan dibom
2 - Maut serangan balas Hizbullah
TRAGEDI 2 - Tsunami di Jawa Barat, Indonesia
Sekurang-kurangnya 200 orang terbunuh dan lebih 300 orang cedera dalam kejadian gempa bumi dan tsunami di Pantai Pangandaran, Jawa Barat. Antara mereka yang cedera ialah enam orang warga asing dari Jepun, Arab Saudi dan Sweden. Tidak ada rakyat Malaysia yang terbabit dengan kejadian itu.
Tiga gempa bumi berlaku dalam masa sejam bermula pada pukul 3.19 petang Isnin dengan yang terakhir pada pukul 4.15 petang, yang setiap mencatatkan 6.8, 5.5 dan 6.1 pada skala Richter (SR) sebelum dilanda tsunami yang mencecah 10 meter tinggi.
Menurut data Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat, gempa bumi itu berlaku pada Isnin pukul 3.19 petang waktu tempatan, dengan magnitud 7.2 pada skala Richter, dengan pusat gempa di lokasi 260km di luar Bandung sedalam 48km.Gempa bumi itu mewujudkan tsunami di beberapa tempat dan paling teruk ialah pantai Pangandaran di Barat Jawa.
Kedua-dua tragedi ini amat menyayat hati dan menginsafkan aku sebagai seorang insan. Di Malaysia, orang kita kecoh tentang kisah sensasi Siti Nurhaliza dan Datuk K, kisah pertembungan pendapat antara Tun M dan kerajaan sekarang pimpinan Pak Lah, beberapa perkembangan terkini peserta dalam siri realiti televisyen, gosip sensasi beberapa artis / selebriti tempatan, dan lain-lain isu tempatan yang menenggelamkan tragedi yang berlaku di dunia.
Walaupun kita berkongsi dunia yang sama, bumi yang sama, namun nasib kita berbeza berbanding negara lain. Kita harus bersyukur dan sentiasa memohon keampunan serta hidayah daripada Allah SWT agar negara kita terus aman, bebas dan merdeka serta dijauhi bala bencana seperti yang berlaku di negara-negara lain. Marilah kita juga berdoa agar Allah SWT menyelamatkan dan memberikan pertolongan serta kemenangan terhadap pejuang Islam yang berjihad fisabilillah demi menegakkan agama Allah dan mempertahankan hak daripada dicerobohi golongan kafirun laknatullah ini! Allahu Akbar!!!!

Comments