Makang Ikang? (Makan Ikan)

Datuk Dr Fadzillah Kamsah dalam ceramah motivasi paginya juga menyatakan pendapat pakar2 pemakanan bahawa memakan ikan adalah lebih baik daripada makan daging untuk kesihatan dan kecerdasan minda. Nak kena siasat dengan lebih lanjut, ikan jenis apa, berapa kuantiti diperlukan, apa khasiat dia, ada pantang larang, dan lain-lain lagi maklumat berkaitan...

04 Julai, 2006 14:48 PM
Setiap Rakyat Malaysia Makan Ikan 45kg Setahun - Mohd Shariff

TEMERLOH, 4 Julai (Bernama) -- Setiap rakyat Malaysia memakan ikan pada kadar purata 45kg setiap tahun sejak tahun 2000.Kadar berkenaan dijangka meningkat kepada 55kg menjelang tahun 2010.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar berkata sehubungan itu, kementerian kini menumpukan kepada pembangunan akuakultur bagi menampung bekalan kepada permintaan ikan yang semakin meningkat.

Permintaan ikan bagi pasaran negara ini ialah sebanyak 1.93 juta tan metrik setahun sedangkan jumlah hasil pengeluaran dan tangkapan ikan negara pada masa ini hanya 1.3 juta tan metrik, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Usahawan Akuakultur Pahang di sini, hari Selasa.

Katanya, pada masa ini terdapat seluas 22,582 hektar bagi kawasan pengeluaran ikan air tawar di seluruh negara."Kita mensasarkan penambahan 58,000 hektar lagi bagi mencapai sasaran pengeluaran sebanyak 662,000 tan metrik ikan air tawar setahun," katanya.

Mohd Sharif berkata usaha itu bagi membolehkan negara mencapai sasaran tahap pengeluaran akualkultur sebanyak 21 peratus setahun menjelang 2010 berbanding cuma enam peratus setahun daripada jumlah pengeluaran ikan negara ketika ini.

Kira-kira 200 penternak, pemborong dan pegawai agensi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Jabatan Pertanian menyertai seminar dua hari itu.-- BERNAMA

Comments