WC06 - "Preview" dan Analisis Kumpulan F

Kumpulan F ini juga menarik kerana dibarisi pasukan hebat dengan kredibiliti tersendiri. Selain Brazil, pasukan ranking pertama dunia yang dijangka mampu ke pusingan seterusnya sebagai juara kumpulan, peluang terbuka untuk tiga pasukan lain...

Australia VS Jepun
- Satu pertembungan yang dijangka menarik oleh kedua-dua pasukan yang ada kredibiliti dan kelebihan tersendiri. Aku jangkakan kalau bukan seri 1-1, Australia akan mencatat kemenangan sulungnya di Piala Dunia kali ini dengan jaringan 1-0.

Brazil VS Croatia
- Kelebihan semestinya berpihak pada Brazil. Walaupun begitu, Croatia sebagai "underdog" boleh mencipta kejutan jika mereka bermain bermati-matian seperti "dark horses" dari Afrika - Trinidad & Tobago, Angola, Ivory Coast, dll... Ramalan: Brazil 3 Croatia 1.

Analisis pasca perlawanan akan dimasukkan dalam "comments".

SEGMEN TRIVIA - Brazil merupakan negara yang paling banyak menggondol kejuaraan Piala Dunia, iaitu sebanyak 5 kali pada tahun 1958, 1962, 1970, 1994 dan 2002. Mereka diramalkan akan mencatat kejayaan dan rekod baru keenam pada pertandingan kali ini.

Comments

Shahrulmiza said…
Analisis Pasca Perlawanan

Australia 3 Jepun 1
- Memang pertembungan menarik. Jepun berjaya mengawal permainan dan mendahului, tetapi Australia bijak memanfaatkan peluang dan percaturan Guus Hiddink menjadi lagi. Tiga gol dalam masa 12 minit terakhir adalah terjemahan perencanaan strategi terbaik pernah aku lihat. Jepun juga terkena badi Iran, hilang fokus dalam masa 10 minit terakhir perlawanan. They should learn from this mistake.

Esok, analisis Brazil VS Croatia
Shahrulmiza said…
Brazil 1 Croatia 0
- Dilaporkan sebagai satu perlawanan yang menarik dan sengit. Brazil lebih bernasib baik menemui sentuhan penyudah oleh Kaka. Croatia memanfaatkan strategi taktikal bagi mengekang asakan lawan dan mengunci pergerakan beberapa pemain utama Brazil.