Hari ini, dalam Malaysia Hari Ini, dalam perbincangan Topik Pagi di SinarFM, semuanya hangat membincangkan berita yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia yang bertajuk seperti di atas.
Pada pendapat aku, secara amnya (ulang sekali lagi, SECARA AMNYA) wanita memang lebih banyak bercakap daripada lelaki. Kajian yang dibuat oleh seorang ahli akademik yang kebetulannya seorang wanita telah memberikan satu kesimpulan menyokong kenyataan umum atau hipotesis bahawa wanita, lebih banyak bercakap daripada lelaki.
Dalam senario yang melatari kehidupan aku, memang hakikatnya wanita lebih banyak bercakap daripada lelaki. Rata-rata wanita yang aku kenali (kalangan sahabat, rakan taulan, ahli keluarga) termasuk insan yang aku sayangi juga lebih banyak bercakap daripada aku... hehehe... :-)
Seorang pemanggil ke SinarFM yang mendakwa beliau adalah ahli akademik daripada Universiti Putra Malaysia bersetuju dengan hipotesis ini seraya menambah, 75 peratus daripada apa yang dicakapkan oleh wanita adalah "nonsense" atau "rubbish". Hanya 25 peratus sahaja adalah berlandaskan fakta atau ada isi (substance).
Bagi aku, mungkin (sekali lagi diulang, MUNGKIN) dakwaan itu ada kebenarannya. Kalau diimbau fitrah seorang wanita, secara amnya mereka lebih banyak dikuasai emosi daripada rasional. Oleh sebab itu, secara psikologi, wanita memerlukan medium untuk meluahkan emosi mereka, dan bercakap adalah salah satu daripada kaedah untuk wanita mengeluarkan apa yang mereka fikir, rasa, respon, maklumbalas, berkomunikasi, sekadar luahan rasa, lepas geram, marah, bengang, gembira, suka, duka dan pelbagai lagi tujuan yang kadang-kadang sukar dimengertikan oleh kaum Adam. Kebanyakan apa yang diluahkan ini hanya sekadar luahan, semacam memuntahkan lahar dan kuman/bakteria agar tubuh/minda lebih sihat dan stabil berbanding sebelumnya.
Justeru itu, aku membuat kesimpulan bahawa wanita memang banyak bercakap daripada lelaki, kerana itu adalah fitrah kejadian Allah SWT yang banyak hikmahnya. Seperti juga Allah jadikan manusia berpasangan, sesuatu perkara ada lawannya, contoh - baik vs jahat, menang vs kalah, bercakap vs mendiamkan dan lain-lain lagi. Cuma, janganlah kita terlalu emosional dan bercakap tong kosong tanpa "substance", dan aku harap semoga ramai wanita berfikiran terbuka dan memanfaatkan kelebihan mereka ini dengan lebih banyak mengeluarkan idea2 bernas ke arah faedah bersama, walaupun "lepas perasaan" tu adalah satu norma untuk meredakan ketegangan atau kekalutan emosi mereka... hehehe...
--------------------------------------------------------------------
Sumber: UTUSAN Online
21 Jun 2006 - 24 Jamadil Awal 1427
Wanita lebih banyak bercakap dari lelaki
Oleh: AZMAN MD NOOR
BALING 20 Jun - Seorang pensyarah universiti hari ini mendedahkan satu kajian bahawa wanita di negara ini lebih banyak bercakap berbanding lelaki.
Profesor Madya Dr. Sabitha Marican dari Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang Universiti Utara Malaysia berkata, hasil kajiannya sejak 1998 hingga kini juga mendapati wanita lebih mahir berhujah.
Menurutnya, kecenderungan itu mungkin menyamai wanita Barat yang menurut kajian bercakap sekurang-kurangnya 20,000 patah perkataan berbanding lelaki sebanyak 7,000 perkataan sehari.
"Kajian mendapati wanita di negara ini lebih banyak bercakap daripada lelaki melalui komunikasi seperti menasihati, menegur dan membelai," katanya.
Beliau berkata demikian pada bengkel bertajuk Gender Agenda anjuran Biro Wanita Muda Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Baling, dekat sini hari ini.
Kira-kira 150 peserta mengambil bahagian dalam bengkel sehari itu.
Sabitha berkata, peranan wanita dan lelaki di negara ini banyak dibentuk oleh masyarakat sehingga ia berubah-ubah mengikut peredaran zaman.
Katanya, jika dahulu wanita bekerja banyak menerima cemuhan seperti mengabaikan keluarga dan tanggungjawab tetapi pada abad 20-an wanita lebih suka bekerja dan menjadi harapan masyarakat.
“Sudah sampai masanya peranan wanita dan lelaki perlu lebih seiring bagi membentuk sebuah negara maju,” jelasnya.

Comments