Banyak pulak aku dapat input yang berguna untuk dijadikan panduan... aku "cut n paste" semuanya di sini... say no more... cuba praktikkan sebaik mungkin, itu yang terbaik... bak kata Datuk Seri Rafidah Aziz - kurangkan bercakap, lebihkan kerja... hehehehe...
---------------------------------------------------------------------------------
SUAMI IDEAL
SYARIAT Islam menetapkan bahawa perkahwinan adalah suatu ikatan yang diciptakan oleh Allah dalam menyatukan dua insan yang berlainan jenis. Sebagai suami atau isteri, mereka perlu mengetahui bahawa tanggungjawabnya bukan sekadar menjalankan kewajipan asas kepada pasangan, malah berperanan dalam mewujudkan kemesraan, keharmonian dan keseronokan.
Antara kriteria suami yang disarankan Islam adalah:-
1. Bersikap jujur dan berterus terang. Sikap ini bermula sebelum lelaki itu menjadi suami iaitu ketika lamaran dibuat. Sejak awal lagi, dia menunjukkan kejujuran dan berterus terang. Dia bukan saja mahu merisik kebaikan dan kelemahan calon isterinya, malah kelemahan dan kelebihannya juga tidak disembunyikan.
2. Melayan isterinya dengan baik. Layanan dan kasih sayang yang diberikan oleh seorang suami menunjukkan bahawa dia menghormati isterinya sebagai teman dan sahabat yang diperlukannya ketika senang atau susah. Segala kekurangan dan kelebihan isterinya diterima dengan hati tabah dan reda. Firman Allah bermaksud: “Dan pergaulilah mereka (suami isterimu) dengan makruf." (Surah an-Nisa, ayat 19)
3. Mengasihi isteri seperti dirinya sendiri. Suami baik dan ideal adalah seorang yang tidak terlalu cemburu, tidak menyimpan rasa curiga dan tidak bersifat keterlaluan dalam segala sesuatu. Dia sanggup memberikan sepenuh kepercayaan kepada isteri, di samping melindungi maruah dan kehormatan dirinya. Malah, jika didapati ada sebarang kelemahan pada isteri, dia mudah berlapang dada dan bersedia membantu untuk memperbaikinya dengan penuh kasih sayang. Sabda Rasulullah bermaksud: “Orang yang beriman tidak boleh membenci isterinya. Jika dia tidak suka kepada salah satu perangainya, tentu ada salah satu perangainya yang dia sukai." (Hadis riwayat Muslim)
4. Memuliakan isteri. Memuliakan isteri, termasuk kemampuan seorang suami untuk berbicara dan berkomunikasi dengan baik dalam setiap keadaan serta mengucapkan kata-kata yang menenangkan jiwa isterinya. Suami juga mesti pandai mengambil hati isteri ketika dia menghadapi tekanan emosi atau kepenatan dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Yang terbaik antara kamu adalah orang yang terbaik kepada isterinya. Sebab orang yang memuliakan wanita, pasti orang yang mulia. Sebaliknya, orang yang menghina wanita (isteri) pastilah orang tercela." (Hadis riwayat Ibnu Asakir)
5. Memenuhi hak isteri sesuai dengan syariat Islam. Suami salih akan berusaha memenuhi hak isterinya sesuai dengan syariat Islam. Sabda Rasulullah bermaksud: “Hendaknya orang yang mampu menafkahkan kepada isterinya menurut kemampuannya. Dan orang yang sedikit rezekinya, hendaklah memberi nafkah sesuai yang Allah berikan." Justeru, suami perlu memberikan belanja yang cukup, tidak boros dan bakhil kepada isterinya sesuai dengan garis kesederhanaan.
6. Sentiasa menjaga kebersihan dan berhias untuk isteri. Seperti tuntutan ke atas isteri, seorang suami juga dituntut untuk berhias dan berhadapan dengan isterinya dengan bersih dan kemas tanpa mengurangkan sifat kelelakian dan kewibawaannya. Rasulullah bersabda bermaksud: “Cucilah wahai lelaki pakaianmu, pakailah minyak rambut, bersihkan gigimu dan bersucilah kerana Bani Israel tidak melakukan hal ini kepada isteri mereka." (Hadis riwayat Thabrani)
7. Memelihara rahsia rumah tangga. Suami yang baik mampu menjaga kerahsiaan dalam rumah tangganya dan tidak mudah untuk disebarkan kepada orang lain. Ini termasuk kelemahan isterinya sendiri. Sebaliknya, beliau cuba untuk menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi dengan bijak dan berhikmah. Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Apa hak isteri ke atas suaminya?" Nabi menjawab: "Memberi isteri makan apabila kamu makan, memberi isteri pakaian apabila kamu berpakaian, tidak boleh memukul wajahnya dan tidak boleh menjelek-jelekkannya dan menjauhinya kecuali dalam lingkungan rumahmu." (Hadis riwayat Abu Daud)
Ke arah mewujudkan sebuah rumah tangga ideal yang penuh kebahagiaan (sakinah) dan berkasih sayang (mawaddah warahmah). Rumah tangga yang mengalami proses sebegini umpama sebuah pohon yang sedang tumbuh di persekitaran subur, walaupun nampak lambat, namun pasti besar merimbun.

Petikan nasihat Datuk Yusof Haslam kepada Norman Hakim (isu semasa):
"Namun, paling penting ialah kesabaran kita. Kesabaran suami isteri adalah benteng yang akan menyelamatkan rumah tangga kita. Tapi, dalam hal rumah tangga ni, terus terang saya katakan, paling penting, yang perlu lebih kuat ialah suami.
Kesabaran suami perlu 100 kali lebih sabar dari isteri. Suami sebagai ketua keluarga, nak jatuhkan talak pun suami. Orang perempuan, isteri boleh minta cerai seribu atau sejuta kali, tapi talak datang daripada suami sama ada kita nak jatuhkan atau tidak. Sebab itu lelaki harus kuat dan matang walaupun kita dalam keadaan panas baran.
Dalam rumah tangga, si suami harus 100 kali lebih tabah daripada isteri, barulah kita boleh melayari alam berumah tangga. Isteri juga perlu memahami kerjaya suami. Perlu ada give & take dan harus mengambil tahu masalah suami. Suami kita penat bekerja.
Masing-masing ada kelemahan, jangan nampak kesalahan orang lain saja. Sekiranya berlaku perceraian, sebelum kita menyalahkan orang lain, kita kena fikir, kita manusia yang lemah. Kita dibelenggu kelemahan. Sedangkan Nabi ada kelemahan, apatah lagi kita sebagai manusia yang rendah ini.
Paling mustahak, kita kena tabah, perlu kekuatan dan kena terima hakikat, kita tidak sempurna. Tak ada orang yang sempurna dalam dunia ini. Kita serba kekurangan. Saya masih ingat kata-kata arwah bapa saya, ingat Yusof, lelaki kena kuat 100 kali, apabila kamu kahwin, kesabaran paling penting."

Comments