Apabila membaca dan mendengar kata-kata YAB Perdana Menteri Malaysia kini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dipanggil "Pak Lah" semasa ditemuramah oleh pihak media berkenaan RMK-9, aku merasa insaf dan hormat dengan kekuatan minda serta keteguhan imannya.
Walaupun dilanda musibah kehilangan bonda dan isteri tercinta, sebagai sumber inspirasi dan kekuatan bagi beliau, Pak Lah terus gagah melangkah ke hadapan dan menjalankan tugas beliau dengan baik, sehingga berjaya membentangkan RMK-9 minggu lepas.
For me, it was such a great plan. Isu sekarang bagaimana memperincikan pelan berkenaan kepada agenda bertindak, dan melaksana apa yang dirancang, serta memantau pelaksanaan agar lebih berkesan dan efisien. It needs strong support from all of us, people of Malaysia. Stop talking nonsense and being frustrated with the recent history. Apa yang penting, lihat ke hadapan. Rancang apa yang baik, cari peluang yang boleh diterokai. Kita tak boleh terus menangis dan meratap mereka yang pergi. Yang pergi biarlah pergi. Yang masih ada perlu meneruskan kelangsungan survival dalam dunia yang penuh mencabar ini.
Itu pengajaran yang aku ambil daripada orang lama seperti Pak Lah. Biarlah orang lain kata dia macam2, jika dibandingkan dengan Perdana Menteri terdahulu. Kita tak boleh membandingkan oren dan epal, walaupun dua-dua adalah dari kumpulan buah-buahan. Itu pendapat aku. Kita perlu ambik kebaikan epal dan kebaikan oren untuk manfaat bersama, lupakan kepahitan kerana pengaruh kulit oren atau "ketidakrapuhan" epal bila lama tak dimakan... itu adalah hakikat sifatnya yang ditetapkan oleh Allah. Just enjoy eating the fruits...
Abdullah Percaya Arwah Ibu Dan Isteri Mahukannya Terus Laksana Tugas
KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ibu dan isterinya, sekiranya masih ada, tentu mahukan beliau terus melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri."Saya bekerja untuk orang ramai. Saya ada tanggungjawab. Saya tidak boleh mengabaikan tanggungjawab hanya kerana satu masalah peribadi telah timbul," kata Perdana Menteri ketika ditemuramah oleh Datuk Johan Jaaffar dalam rancangan 'Di Sebalik Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9)' yang disiarkan oleh RTM, Isnin.
Johan bertanyakan kepada Abdullah mengenai motivasi beliau meneruskan agendanya setelah kehilangan dua orang yang dikasihi. Ibu Abdullah, Datuk Kailan Hassan, meninggal dunia 2 Feb 2004 manakala isterinya Datin Seri Endon Mahmood meninggal dunia pada 20 Okt 2005.
Abdullah mengakui kehilangan wanita yang cukup berpengaruh dalam hidupnya merupakan satu realiti yang terpaksa dihadapinya walaupun susah pada peringkat awal.Abdullah berkata beliau sentiasa berdoa kepada Tuhan bagi memberinya kekuatan untuk melaksanakan tanggungjawab.
"Cara saya mungkin tidak sama dengan orang lain. Tahap kesabaran saya pun tak sama. Kita bukan manusia yang sama, tak sama cara kita."Tetapi ada benda-benda yang sama. Iman kita kepada Allah S.W.T itu sama. Matlamat kerja kita. Tujuan yang kita ada. Jadi masing-masing dengan kemampuan yang ada pada individu," katanya.
-- BERNAMA

Comments