Semalam, aku berkesempatan untuk menghadiri majlis tahlil yang diadakan sempena penyerahan Menara MATRADE oleh JKR kepada MATRADE. Pada hari bersejarah, 28 April 2006 bersamaan 29 Rabiulawal, 1427 Hijrah.
Keterujaan aku bermula sebaik sahaja melangkahkan kaki masuk ke bangunan tersebut. Dengan senibina yang indah dan imej tersendiri, aku merasa amat bangga dan gembira akhirnya dapat juga memasuki menara yang menjadi kebanggaan seluruh warga MATRADE semenjak pembinaannya pada tahun 1995, kalau tidak silap aku.
Namun demikian, disebabkan beberapa masalah teknikal, menara yang siap pada tahun 1997 tersebut tidak dapat digunakan, dan kerja-kerja pembaikan terpaksa dilakukan dan memakan masa hampir 10 tahun. Kini, Alhamdulillah semuanya telah siap dan menunggu untuk didiami sahaja.
Saat-saat yang cukup menggembirakanku adalah apabila bersama-sama dengan sahabat sekerja bersolat maghrib berjemaah, membaca yasin dan bertahlil serta bersolat isyak berjemaah, di dalam bangunan yang gah itu.
Tatkala kalimah ayat-ayat suci Al Quran bergema di arena utama bangunan setinggi 24 tingkat itu, hujan mencurah-curah di luar. Terasa rahmat daripada Allah SWT melimpah kepada para jemaah malam itu. Air mata kesyukuran juga seakan mengalir deras, dengan perasaan dan hati yang penuh kudus memohon keberkatan-Nya agar bangunan itu terus selamat untuk diduduki, dan agar semua aktiviti yang dijalankan di bangunan itu diberi rahmat oleh-Nya.
Walaupun aku belum pasti akan kembali bertugas di ibu pejabat di masa hadapan,aku sebagai seorang warga MATRADE tetap prihatin dan meluangkan masa bertemu sahabat sekerja, pengurusan atasan dan yang paling penting, menyumbang secebis doa untuk kebaikan bersama...
Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati usaha kami semalam... AMINN!!!!

Comments