Ubah gaya hidup -- TPM saran rakyat belanja berhemah, tidak membazir
KUALA LUMPUR 1 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, rakyat perlu membuat perubahan kepada gaya hidup berikutan kenaikan harga runcit minyak sebanyak 30 sen seliter bermula semalam.
Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat perlu berbelanja secara berhemah, berjimat cermat, tidak membazir serta mengutamakan perbelanjaan penting.
"Mengurangkan pembaziran juga selaras dengan tuntutan Islam dan rakyat juga perlu memikirkan alternatif seperti menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam wawancara Isu Semasa Khas Bersama YAB di Angkasapuri, di sini malam ini.
------------------------------------------------------------------------------------
Aku tertarik dengan seruan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri agar rakyat membuat perubahan kepada gaya hidup, lantaran kenaikan harga petroleum pada 28 Februari lalu.
Semenjak dua menjak harga petroleum naik, aku lihat dalam pelbagai forum perbincangan dan e-mel2 diterima menyatakan rasa ketidakpuasan hati rakyat marhaen kepada keputusan "tidak popular" yang diambil oleh Kerajaan. Aku pun tidak puas hati juga (lihat catatan luahan rasa pada 28 Feb).
Namun begitu, apa yang terjadi telah terjadi. Yang dah naik tetap naik, dan aku yakin tak akan turun buat selama-lamanya. Apa yang penting, bagaimana kita menghadapi kenaikan ini dengan lebih rasional, as life goes on... marah, sumpah seranah, kutuk, kritik, dll lagi sudah tiada gunanya. Menghabiskan beras dan "karan" aje... Hahahahaha!!!
Sebab itu aku bersetuju dengan seruan YAB TPM tentang perubahan gaya hidup. Ia juga perubahan "mindset" (set minda, pemikiran) oleh setiap orang tentang konsep keperluan dan kehendak (needs and wants) yang diajar dalam subjek perdagangan ataupun ekonomi.
Kita perlu bijak kenalpasti dan membezakan apakah itu keperluan dalam kehidupan kita. Keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal adalah wajib untuk kita sediakan dan miliki. Namun demikian, ada juga sub-kategori makanan, pakaian dan tempat tinggal adalah tergolong dalam kategori "kehendak" (wants), iaitu "luxury items" (barangan mewah).
Sebagai contoh, kita perlu makan, tetapi ada makanan yang harga berpatutan dan ada yang lebih mahal seperti makan nasi bungkus berharga RM3.50 yang lebih mengenyangkan berbanding "Big Mac McD" yang berharga RM5 lebih... (ini hanyalah satu perbandingan terus - direct comparison).
Contoh lain, kita perlu ada pakaian untuk membaluti tubuh, tetapi baju T-Shirt biasa berharga RM10 lebih baik daripada T-Shirt berjenama yang berharga RM40 untuk fungsi yang sama (membaluti tubuh). Ada juga T-Shirt berjenama yang harganya RM50, tetapi selepas diskaun 50%, harganya RM25. That's a bargain! Jadi kita kena bijak memilih dan membeli dengan harga berpatutan.
Ringkasnya, kita perlu merenung kembali apa yang telah kita belanjakan selama ini, dan lihat sama ada perbelanjaan kita boleh dikurangkan, dijimatkan, diminimakan, direndahkan kos, dan sebagainya. Kalau tidak boleh juga, kita kena cari jalan mendapatkan pendapatan alternatif/tambahan yang mampu menampung keperluan dan kehendak dalam kehidupan kita. Think about it!

Comments