Untuk Insan Tersayang...

Hari ini, 4 Februari 2006 ialah hari ulang tahun kelahiran isteriku yang ke-31. Aku bersyukur pada Allah SWT kerana telah dikurniakan seorang isteri yang baik, penyayang dan amat memahami diriku. Hampir 7 tahun aku telah bersama-sama melayari bahtera rumahtangga bersamanya. She is a great person, a great friend, a great wife and a great mother to our kids. I am really proud and thankful (bersyukur) diketemukan dengan isteriku yang tercinta ini.

Aku merasa amat gembira hari ini kerana dapat bersama-sama menyambutnya bersama isteri dan anak-anak tersayang. Kami membelikan hadiah istimewa padanya, walaupun tidak seberapa tetapi ingatan itu amat penting. Anak-anak aku juga seronok meraikan ulangtahun ibu mereka.

Aku ingin mendedikasikan lagu Iris, "single" terbaru nyanyian Awie khusus pada isteri tercinta, sempena harijadinya ini. Lirik lagu ini yang simple, direct tapi penuh bermakna begitu menarik buatku.

"kau masih ku cintai.. sungguh..dari awal hingga ke akhir hayatku.."
"cintaku... jika kau tanya pada bintang...

kemilauan sinar takkan hilang... "
"Kau masih... kau kucintai... sungguh...

dari hari pertama kau kunikahi...
Aku pasti... yakin dan pasti...
Engkau milikku... "

antara bait-bait lirik yang amat menyentuh perasaan, dan betul-betul melambangkan perasaan cinta seorang suami kepada isterinya... (mungkin Awie juga menujukan lagu ini pada isterinya tersayang... )
Antara "learning points" hari ini ialah, kasih sayang dan cinta perlu terus disuburkan dalam keluarga kita. Hanya dengan kasih sayang dapat mengeratkan ikatan kekeluargaan dan memelihara dari sebarang anasir tidak baik yang cuba memecahbelahkan ikatan yang telah terjalin. Sambutan Hari Lahir adalah salah satu cara terbaik mengeratkan hubungan tersebut...

Comments

Shahrulmiza said…
IRIS

Masih kucintai… sungguh
Dari awal hingga ke akhir hayatku
Aku pasti seyakinnya pasti
Kaulah satu utkku

Kau masih dewi hatiku… sungguh
Biar sejuta tak hilang di hati
usah gusar sayang usah ragu
aku milikmu

Cintaku jika kau tanya pada bintang
Kemilauan sinar takkan hilang
Akan aku sinari duniamu
moga terpadam sangsi mu ohhh

Cintaku jika kau lihat tingginya awan
takkkan tercakar tinggi cintaku
hanya hatiku tahu apa mahuku
dan duniaku pastinya milikmu
hingga ke akhir hayatku…

Kau masih kucintai… sungguh
dari hari pertama kau kunikahi
aku pasti, yakin dan pasti
engkau milikku…
Anonymous said…
Sedikit perubahan...

[b]IRIS[/b]

Masih kucintai… sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kaulah satu untukku

Kau masih dewi hatiku… sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hati
usah gusar sayang usah ragu
aku milikmu

Cintaku jika kau tanya pada bintang
Kemilauan sinar takkan hilang
Akan aku sinari duniamu
moga terpadam sangsi mu ohhh

Cintaku jika kau lihat tingginya awan
takkkan tercakar tinggi cintaku
hanya hatiku tahu apa mahuku
dan duniaku pastinya milikmu
hingga ke akhir hayatku…

Kau masih kucintai… sungguh
dari hari pertama kau kunikahi
aku pasti, yakin dan pasti
engkau milikku…