HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2. Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3. Esok : Hari yang belum pasti
Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.
Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.
HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
1. Nafas Naik
2. Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.
HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:
1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga
Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN. Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.
Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu Maha HEBAT. Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT... Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS. Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya...lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian.
Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :-
1. Dia mungkin didenda
2. Segala suratnya masuk tong sampah.
Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada kita....
Sekurang-kurangnya Allah SWT telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika,
hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang...lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan
Allah meredhai kehidupan kita. Insya'Allah.
Tingkatan Cinta
(1) Cinta tertinggi - terhadap Allah SWT, RasulNya, Jihad fisabilillah dan kemenangan Islam. Rasa cinta ini merupakan asas pada cinta-cinta yang lain.Ia merupakan bukti keimanan kita pada Allah SWT. Cinta ini boleh mendorong seseorang hidup dalam manhaj rabbani, iaitu merealisasikan Islam di dalam kehidupannya dan seterusnya memberi kekuatan untuk terus memperjuangkan Din yang suci ini.
Cara-caranya -
1. Putuskan ikatan keduniaan dari hidup kita.Ambillah dunia sekadar perlu sahaja. Jadikan ia sebagai landasan utk mencapai kebahagiaan di akhirat.
2. Makrifatullah - dengan jalan mengenal Allah dan sifat-sifatNya. Kata orang "Tak kenal, maka tak cinta"
Tanda-tanda mendapat kasih Allah swt:
1. Allah akan menguji hamba-hambanya dengan musibah, kesusahan dan sebagainya.
2. Allah akan menyusun kehidupan yang baik padanya dan dipermudahkan segala urusan.
3. Manusia tidak akan mudah tertipu dgn hawa nafsu.
4. Diri akan suka kepada kematian.- sentiasa bersedia dgn amal soleh.
5. Sentiasa mengamalkan zikrullah
6. Suka bermunajat di tempat-tempat sunyi.
7. Kasih sesama Mukmin, keras terhadap kuffar.
8. Sentiasa takut pada Allah.
(2) Cinta kedua - cinta sesama makhluk Allah yang bersandarkan keimanan.
(3) Cinta yang terendah - cinta yang hanya menurut nafsu tanpa batas.
Kesan-kesannya:
1. akan jauh dari rahmat dan kasih Allah
2. jiwa akan menderita kerana terpaksa menjaga hati pasangan
3. hatinya menjadi tawanan kekasihnya, hanya menurut kehendaknya shj
4. rosak pancaindera lahir dan batin
5. hati terhijab dari hidayah Allah
Renungkanlah Sejenak.....
SUMBER: Biro Agama KSM

Comments