SELAMAT HARI RAYA KORBAN - Aidiladha!
Walaupun telah 2 hari berlalu, namun kita masih mengenang mereka yang sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci Mekah. Aidiladha disambut oleh umat Islam seluruh dunia bagi mengenang rakan seagama kita yang sedang bertungkus lumus mengerjakan ibadah Haji, rukun Islam yang kelima. Di Malaysia, umat Islam menyambut Aidiladha dengan cara yang sederhana, tetapi meriah dengan ibadah korban yang dijalankan. Terpancar semangat kerjasama, kekitaan dan gotong royong di kalangan kariah masjid/surau untuk menyembelih lembu dan mengagihkan dagingnya kepada golongan memerlukan. Tali silaturrahim juga akan terus diperat dan dikukuhkan.
Bukan senang menunaikan ibadah korban. Seperti namanya juga, ibadah korban memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit, seperti mengeluarkan wang untuk berbelanja, membeli lembu atau satu bahagian yang yang harganya dalam RM150-RM300, mengupah orang sembelih dan menguruskan lapahan daging, kos mengedarkan pada mereka yang memerlukan, dan menyimpan lebihan daging, ada yang terus memasak untuk dibuat kenduri kesyukuran dan doa selamat, semuanya memerlukan pengorbanan dari segi wang dan masa.
Secara keseluruhannya, ibadah korban dan hari raya korban memang menuntut kita sebagai umat Islam agar berkorban apa sahaja untuk menjayakan sesuatu. Tidak ada apa yang percuma, tidak ada apa yang kekal milik kita selamanya, kecuali pahala amal ibadah yang kita akan bawa ke akhirat nanti...
------------------------------------------------------------------------------------
Pesanan terakhir Rasulullah pada 9 Zulhijah
PADA hari ini, 9 Zulhijjah, Nabi Muhammad SAW meninggalkan pesanan terakhir dalam khutbah Baginda di Lembah Uranah, Gunung Arafah, berhampiran kota Makkah.
Khutbah terakhir Baginda pada tahun ke-10 hijrah berbunyi:"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan.
"Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas ini."Oleh itu, dengarlah dengan teliti kataku dan sampaikan ia kepada orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
"Wahai manusia, sebagaimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci."Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
"Janganlah kamu menyakiti sesiapa pun supaya orang lain tidak menyakiti kamu lagi."Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
"Allah mengharamkan riba, justeru, segala urusan membabitkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu."Dia (syaitan) sudah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara kecil.
"Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, maka mereka juga mempunyai hak di atas kamu."Jika mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang."Layani wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah dengan mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia."Dan hak kamu atas mereka adalah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasa pada Ramadan dan tunaikan zakat daripada harta kekayaan kamu."Kerjakanlah `ibadat haji' jika kamu mampu.
"Ketahuilah bahawa setiap Muslim ialah saudara kepada Muslim lain."Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia daripada yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang kamu kerjakan."Oleh itu, awasilah supaya jangan sekali-kali kamu terkeluar daripada landasan kebenaran selepas kewafatanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepas aku dan tidak akan lahir agama baru."Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kataku yang sudah aku sampaikan kepada kamu.
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat untuk selama-lamanya."Itulah al-Quran dan sunnahku, hendaklah orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.
"Semoga orang yang terakhir lebih memahami kataku daripada mereka yang terus mendengar dariku."Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya sudah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-Mu."
SUMBER: Berita Harian, 9 Januari 2006

Comments